Jarak yang dah tak jauh walaupun ada sesetengah pegawai fa di negeri negeri sudah mula berkira kira apa yang nak dilakukan pada musim akan datang.

Apa yang nak dibuat apa yang nak dibeli seharusnya melalui proses atau persiapan yang serba lengkap.Jangan semua benda nak buat disaat akhir.Yang paling penting adalah isu pembelian dan gaji pemain.Biar "Bos" besar bagi lampu hijau bajet tahun depan.Jangan nak memandai pulak pergi bincang dengan pemain baru sedangkan duit tak tahu mana datangnya lagi.Setiap pasukan juga sudah mendapat gambaran pemain mana yang akan ikut rombongan panjang tahun depan dan siapa yang tak ikut.Yang tak ikut bagi la surat atau maklum awal senang pemain cari destinasi baru.Itu pun kepada yang boleh lagi beraksi.Kepada yang dah rasa umur dan kudrat dah tak mampu bersaing umumkan segera persaraan.

Semua ini penting kerna ia akan memudahkan perancangan pihak pengurusan dan juga pemain.Kepada FA negeri juga rancang sesuatu yang baru buat penyokong setia yang tak jemu jemu bertandang ke stadium.Sebagai contoh Pas Bermusim yang membolehkan peminat dapat hadiah kalau datang stadium lebih 10 kali ke.Tu cadangan saja.Mungkin ada idea yang lebih menarik dari cerdik pandai di FA masing masing.Ini akan menambah hubungan yang lebih akhrab antara persatuan dan penyokong.

Kepada pemain pula isu kontrak dilihat antara elemen penting yang perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin sebelum ianya ditandatangani dengan sah.Apa keperluan yang harus ada dalam kontrak bincang dan dapatkan kata sepakat secara kolektif.Penggunaan jenama jersi atau penghasilan jersi baru juga perlu dimuktamadakn agar satu musim satu jenama kekal.Ia membawa kepada imej sesebuah pasukan.Tak banyak pasukan yang menerapkan elemen Khidmat Masyarakat (CSR).Apa kata musim baru ianya dapat dimasukkan dalam agenda pembaharuan pasukan masing masing.

Akhir kata Selamat Maju Jaya Buat Semua FA negeri menghadapi demam baru Liga Malaysia.