Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin menamatkan perlumbaan 400m wanita T20, Sukan Paralimpik Tokyo 2020, di tangga terakhir selepas mencatat 1 minit 01.05 saat.

Siti Noor Iasah memperbaiki catatan terbaiknya musim ini, 59.89s, semalam tetapi larian di Stadium Olimpik sebentar tadi belum cukup bagus untuk mengatasi tujuh peserta lain.

Pilihan utama dari Amerika Syarikat (AS), Breanna Clark, menepati jangkaan rapai dengan menggondol pingat emas menerusi rekod dunia 55.18s.

Yulia Shulyar dari Ukraine di tempat kedua dengan kepantasan 56.18s sementara pencabar Brazil, Da Silva Jardenia Felix Barbossa, melengkapkan podium (57.43s).