Pasti ini sedang jadi belenggu Ketua Jurulatih Beregu Campuran Negara Pang Cheh Chang.

Ini susulan sesuatu yang tidak diduga berlaku di Terbuka Malaysia apatah lagi seawal pusingan pertama.

Ketiga-tiga beregu campuran negara tersingkir ketika mereka dicanang sebagai skuad mampu cipta impak.

Setidaknya ini pandangan saya mengambil kira faktor seperti prestasi semasa dan kedudukan ranking dunia.

Misalnya Goh Soon Huat dan Shevon Lai, di kedudukan ke-6 Dunia tewas di tangan gandingan Thailand di ranking ke-62 dunia.

Okay, mereka tewas dalam pertembungan tiga set dan Dechapol Puavaranukrih / Sapsiree Taerattanachai juga ada kualiti tersendiri, akan tetapi......

Anda faham maksud saya.

Tan Kian Meng/ Lai Pei Jing, saya sedikit gusarkan mereka kerana ini peluang mereka untuk kembali menyinar susulan dikenakan penggantungan kejohanan sebelum ini gara-gara kemerosotan prestasi.

Mereka kini berada di kedudukan 16 dunia, satu ketika dahulu yang tidak lama mana berada dalam kelompok 10 terbaik.

Harus saya tekankan, Kian Meng juga berdepan cabaran besar dalam menangani tragedi keluarga.

Bagaimana pula Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang baru sahaja memenangi gelaran Terbuka Amerika Syarikat.

Ini membuktikan sepertimana yang mereka tekankan juga, bahawa ada jurang kualiti apabila beraksi dalam siri jelajah bertaraf 300 dan 750 di Terbuka Malaysia ini.

Tetapi saya tidak terlalu gusarkan mereka ,kerana apa, "Prestasi bersifat sementara, Keunggulan Mutu Berkekalan"

Cheh Chang seorang jurulatih yang berkualiti baru sahaja dilantik sebagai ketua menggantikan Chin Ee Hui beberapa bulan lalu.

Kalau ada jurulath yang berupaya meningkatkan kualiti mana mana skuad, dia adalah orangnya.

Jujur pada pengamatan saya, saingan beregu campuran inilah di mana Malaysia punya peluang untuk memenangi kejuaraan utama dunia.

Fuh, pening kepala dibuat memikirkannya,pasti pening lagi pemikiran Pang.