Olahraga Terbuka MAF: Lee Hup Wei sudah sedar kesilapan dalam Sukan Olimpik

Muzaffar Musa
November 14, 2021 13:39 MYT
Atlet senior negara, Lee Hup Wei, menepati ramalan untuk bergelar juara acara lompat tinggi dalam Kejohanan Terbuka Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) di Bukit Jalil hari ini.
Bagaimanapun, pemenang pingat emas empat edisi Sukan SEA itu mengakui dia kini sudah menyedari kesilapan yang dilakukannya dalam Sukan Olimpik Tokyo pada Julai lalu -- menamatkan saingan tanpa sebarang catatan -- setelah mencatatkan lompatan setinggi 2.10 meter untuk bergelar juara.
"Sejak Sukan Olimpik lalu, ini adalah kali pertama saya menggunakan teknik larian penuh dan sekarang barulah saya sedar kesilapan saya sewaktu temasya itu.
"Sewaktu ketinggian 2 meter dan 2.10 meter, lompatan saya agak baik tetapi pada ketinggian 2.15, larian saya sudah tidak konsisten.
"Saya perlu melakukan larian yang konsisten tetapi tidak dapat mengawal tubuh saya," katanya.

At last, olimpian negara, Lee Hup Wei baru tahu mana silapnya ketika kat Tokyo hari tu! Nadi Weekend also ada update terkini on Kejohanan Olahraga MAF, so terus bersama kami 7.30 malam ini okay ??? pic.twitter.com/T0MQFQV5f7

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Lee Hup Wei #Olahraga Terbuka MAF