Piala Dunia saya sudah berakhir, saat England tersungkur dalam separuh akhir.

Tetapi, buat kali pertama dalam sejarah mengikuti pengembaraan England di pentas Piala Dunia, saya berupaya mendabik dada dan bangga.

Bukan mahu memperbesarkan pandangan ini, hakikatnya hanya penyokong tegar England faham apa ertinya untuk mendukung The Three Lions.

Saya secara peribadi tidak kecewa besar junjungan "Its Coming Home" tidak menjadi realiti memandangkan tiada siapa yang meletakkan sebarang harapan kepada England untuk melangkah sejauh ini.

Berbeza dengan sebilangan besar penyokong Bola Sepak generasi ini, saya tidak ada pasukan A,B atau C dalam satu satu saingan.

Selangor Sampai Mati & Selamanya Malaysia.

Luar daripada itu, hanya ada Manchester United & England.

Sekalipun tidak menjulang Piala Dunia, England sudah buktikan mereka berupaya untuk kembali senafas dengan gergasi lain.

Gareth Southgate menerusi formasi 3-5-2 dan kepercayaan penuh kepada bakat muda sudah berupaya mengembalikan ghairah kepada golongan kecil yang bukan lahirnya sebagai warganegara England.

The Three Lions sudah ada juara dunia di peringkat bawah umur di era moden ini, tidak mustahil 2022 dan 2024, mereka akan kembali mengaum.

Oh My England, Terima Kasih.