Kanser hidung bukan halangan Dato’ Lee Chong Wei untuk terus mengharumkan nama negara.

Seakan semangat Harimau Malaya yang pantang mengalah.

Chong Wei kembali berlatih awal Januari nampak bersemangat menjalini latihan di gymnasium baru-baru ini.

Datuk Misbun Sidek mentor, jurulatih, bapa dan rakan kepada bekas pemain nombor satu negara itu teramat kagum dengan dedikasi anak buahnya yang bersungguh-sungguh untuk kembali beraksi secepat mungkin.

Misi untuk kembali mewakili Malaysia di atas gelanggang di Seluruh England pada Mac tidak kesampaian di atas nasihat doktor yang diambil serius oleh Chong Wei.

Kebanyakan pemain besar kemungkinan sudahpun bersara pada usia 36 tahun tetapi buat Chong Wei ada misi yang belum dilaksanakan antaranya rangkul pingat emas Sukan Olimpik, Sukan Asia dan kejuaraan Piala Thomas.

Ketahanan dan karakter luar biasa Chong Wei dipuji oleh pemain muda negara antaranya pemain perseorangan negara, Cheam June Wei yang rasa penuh berinpirasi melihat usaha yang ditunjukkan pemain idolanya di sesi latihan.

Misi jangka pendek Chong Wei sudah pasti bersedia dari setiap aspek untuk beraksi di Terbuka Malaysia pada April nanti juga kejohanan pertamanya selepas Terbuka Indonesia Julai lalu.

Walaupun ranking terkini di tangga 31 dunia, kami pasti ngauman Chong Wei akan menakutkan semua pencabar nanti.