Baru sahaja reda isu dengan PKNS FC, Persatuan Bola Sepak Selangor FAS cetus sensasi lagi, kali ini mengenai keputusan mahu menarik diri daripada Liga Malaysia 2017.

FAS muncul persatuan bola sepak negeri ketiga ingin berbuat demikian selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA dan Persatuan Bola Sepak Perlis PFA.

Seperti KAFA dan PFA, FAS juga mengancam untuk menarik diri kerana kesempitan dana. Namun, ketika mereka mengharapkan simpati daripada orang ramai, FAS dikecam teruk di laman media sosial.

"Tok uban dh xrelavan dlm pngurusan FAS, pengurusan out..nk settle problem dgn cara ugut..mcm la team selangor ni baru wujud 2/3 tahun lepas..hahaha steady tok" tulis Mohamad Zahin dalam facebook.

"Sila tarik diri... ini semua kerana kegagalan kamu semua menguruskan FAS... penyokong selangor masih ada PKNS FC" tulis Mie Kechieq dalam twitter.

Ada juga yang sinis dengan tindakan persatuan itu.

"Dekat2 nak mengundi ni faham2 je lah.. Macam wayang ada" tulis Jebat dalam facebook.

Ini pula komen mengenai keputusan KAFA yang mahu menarik diri.

"TSAM cuba menjadikan masalah TRW sbg masalah nasional.. Rata2 org bercakap ttg masalah ini spt masalah negara.. kemudiannya menarik semua penggiat bolasepak berbicara ttgnya.. maka dgn masalah ini nak tak nak akan menarik pusat utk membantu stlh krjn negeri berdiam diri... drama hero akan datang dr belakang... nantikan sama2" tulis Paduka dalam facebook.

Ketika ketiga-tiga persatuan negeri itu mengancam untuk menarik diri, pasukan mereka pula melakukan latihan seperti biasa. Jadi, apa motif sebenar mereka?

Jika benar mahu menarik diri, buatlah macam DRB-Hicom yang mengumumkan penarikan diri daripada Liga M tanpa melakukan ancaman.

Jadi, penulis berasakan adalah lebih baik tiga persatuan terbabit tidak bermain wayang kerana yang menjadi mangsanya nanti adalah bola sepak Malaysia!.