Kehadiran Mohd Zaquan Adha Andul Radzak di dalam skuad Negeri Sembilan FC kendalian K Devan yang beraksi di saingan Liga Perdana pada musim ini telah mula membawa satu perubahan yang ketara dari segi prestasi skuad Hobin Jang Hobin itu ketika ini. Dengan menguasai persada Liga Perdana pada ketika ini, itu mengambarkan bahawa Negeri Sembilan sudah bersedia untuk mencuri satu slot ke saingan Liga Super musim hadapan. Keseriusan pengurusan Negeri Sembilan untuk mengangkat kembali martabat bola sepak Negeri Sembilan musim ini harus di puji.

Lihat sahaja kebangkitan yang ditunjukan pemain-pemain Negeri Sembilan dalam mengharungi pusingan pertama Liga Perdana musim ini dengan mencipta 5 kemenangan dari 8 perlawanan yang dilalui. Itu menunjukan keserasian dan persefahaman yang baik dipamirkan pemain-pemain tempatan dan import begitu baik sekali. Apatah lagi dengan pengalaman yang dimiliki K Devan dalam arena bola sepak Malaysia sudah tentu ia dapat membantu membina keyakinan pemain dan keharmonian dalam pasukan.

Ini merupakan senjata utama Negeri Sembilan ketika ini selain dari semangat berpasukan yang dipamirkan anak-anak didik K Devan. Ia boleh di lihat ketika bersama di luar padang dan ketika meraikan sesuatu jaringan dimana mereka meraikannya bersama. Selain itu Zaquan Adha juga bijak memainkan peranannya sebagai ketua pasukan dan pemain yang mempunyai banyak pengalaman dalam bola sepak tempatan serta antarabangsa. Dengan aura yang ada pada dirinya itu juga ia mampu menaikkan semangat rakan-rakan sepasukannya di atas padang.

Pertemuan dengan Sarawak United FC pada hujung minggu ini merupakan ujian sebenar Negeri Sembilan dalam menentukan kedudukan di persada liga sama ada kekal atau tidak. Disinilah semangat berpasukan dan keharmonian itu di tuntut lebih mendalam lagi supaya emosi mereka tidak di ganggu dengan perasaan gemuruh atau tertekan. Sekiranya keadaan itu berjaya di kawal, ia akan menjadikan Negeri Sembilan sebuah pasukan yang semakin meningkat naik dari segi prestasinya dan terus mencabar pada pasukan-pasukan lain daam perebutan kejuaraan Liga Perdana musim ini.