82 perlawanan liga sudah dipertandingkan sepanjang kalender tahun 2021 dan 2022. Pelbagai aksi menarik telah disajikan sepanjang liga, namun kini cabaran sebenar bakal bermula. NBA Playoff kini hadir dan jadual Playoff juga sudah ditetapkan. 16 pasukan akan turun berentap merebut satu kejuaraan berprestij tingi iaitu menjadi Juara Dunia bagi sukan bola keranjang.

Pada tahun ini, liga NBA masih mengekalkan format NBA Play-In seperti musim lepas bagi menentukan pasukan yang akan mengisi slot ke-7 dan ke-8. Pasukan Brooklyn Nets telah mengesahkan slot ke Playoff dengan mengisi tempat ke-7 Eastern Conference setelah menumpaskan Cleveland Cavaliers di peringkat Play-In. Slot ke-8 Eastern Conference pula di-isi oleh pasukan ke-9 liga, Atlanta Hawks yang berjaya menumpaskan pasukan ditangga ke-8 dan 10 liga Eastern Conference iaitu Cleveland Cavaliers dan Charlotte Hornets.

Di Western Conference pula, Minnesota Timberwolves, Los Angeles Clippers, New Orleans Pelicans dan San Antonio Spurs juga merebut dua slot yang sama dan pasukan di tempat ke-7 dan 9 liga Western Conference iaitu Minnesota Timberwolves dan New Orleans Pelicans telah menumpaskan lawan masing masing untuk mengisi slot ke-7 dan ke-8 untuk menuju ke saingan Playoff.



Di Hemisfera Barat bumi Amerika Syarikat, New Orleans Pelicans yang kali terakhir layak ke pusingan Playoff pada tahun 2018, akan bertemu pasukan dengan rekod terbaik pada musim ini iaitu Phoenix Suns, pendahulu liga Western Conference. Suns yang diketuai Chris Paul dan Devin Booker pastinya menyasarkan kemenangan mudah terhadap Pelicans, namun Pelicans yang berwajah baharu

dibawah gandingan trio Brandon Ingram, CJ Mccollum dan Jonas Valanciunas pastinya akan membawa saingan sengit kepada pasukan dari Phoenix, Arizona itu.

Pasukan muda terbaik di liga NBA yang berada di tangga ke-2 liga Western Conference kini akan berdepan salah satu prospek muda terbaik liga NBA, Anthony Edwards yang telah memikul pasukan Minnesota Timberwolves di peringkat Play-In setelah kehilangan Karl Anthony-Towns di hujung-hujung minit perlawanan. Memphis Grizzlies tidak khawatir akan tugas yang akan dihadapi mereka, pasukan mereka di-isi oleh anak-anak muda yang dahagakan pengalaman dan kejayaan. Diketuai oleh pemain lincah seperti Ja Morant, Grizzlies dijangka akan mencari jalan untuk menundukkan Anthony Edwards dan Patrick Beverly yang kelihatan riang selepas kemenangan mereka di peringkat Play-In untuk melayakkan pasukan Minnesota Timberwolves ke peringkat Playoff.



Saingan hangat di Hemisfera Barat diteruskan lagi dengan perlawanan slot ke-3 dan ke-6 diantara Golden State Warriors dan Denver Nuggets. Warriors seakan menuju ke Playoff dengan langkah kanan setelah mendapat berita bahawa bintang utama pasukan mereka, Steph Curry akan kembali daripada kecederaan dan membantu pasukan Warriors menghadapi saingan Denver Nuggets yang diketuai MVP liga NBA musim lepas, Nikola Jokic yang meneruskan aksi cemerlang beliau sekali lagi pada musim ini. Ketiadaan pemain utama seperti Jamal Murray dan Michael Porter Jr. sepanjang musim semestinya menjejaskan pasukan Denver Nuggets sedikit sebanyak, namun mereka tampak stabil dan bertahan di bawah kejurulatihan Michael Malone dan bimbingan bintang utama mereka, Nikola Jokic.

Pertemuan terakhir di Western Conference bakal menyaksikan pasukan Dallas Mavericks akan turun bertanding menentang Utah Jazz tanpa bintang utama mereka, Luka Doncic yang mengalami kecederaan di penghujung baki perlawanan liga tempoh hari akan terlepas perlawanan pertama siri itu. Pasukan Utah Jazz pastinya akan mengambil peluang itu sebaiknya dan cuba menamatkan siri sebelum kembalinya Luka Doncic ke gelanggang Bola Keranjang.



Di bahagian Timur bumi Amerika Syarikat pula, Pasukan di tangga pertama liga Eastern Conference, Miami Heat akan bertemu cabaran Trae Young dan Atlanta Hawks yang mengisi slot ke-8. Miami Heat mungkin merupakan pasukan terbaik di liga Eastern Conference, namun kehebatan Trae Young di peringkat Playoff sering diingati peminat liga NBA yang menyaksikan beliau menumpaskan New York Knicks di hadapan ribuan dan jutaan penyokong Knicks di Madison Square Garden yang berintensiti tinggi. Adakah Trae Young akan meneruskan aksi hebatnya di peringkat Playoff atau adakah Miami Heat akan mengingatkan dunia kenapa mereka pasukan nombor satu di Eastern Conference?

Perlawanan terhangat di pusingan pertama Playoff seharusnya diberikan kepada siri ini, Brooklyn Nets menentang Boston Celtics. Kevin Durant menentang Jayson Tatum, Kyrie Irving kembali bertemu pasukan lamanya. Pelbagai lagi jalan cerita yang mampu menghangatkan siri ini. Namun, persoalan yang sebenar akan terjawab di atas gelanggang bola keranjang. Siapa yang akan mara? Adakah Jayson Tatum akan membuktikan bahawa dia bukan sekadar pemain muda meningkat naik dan dia adalah bintang sebenar? Mampukah Kyrie Irving menyingkirkan bekas pasukannya daripada cabaran mengejar kejuaraan?



Gergasi liga Eastern Conference, dan juga Juara liga NBA musim lepas, Milwaukee Bucks akan bertemu pencabar baru, Chicago Bulls yang berwajah baharu dibawah pimpinan Demar DeRozan yang baru sahaja menamatkan musim yang cemerlang setelah akhirnya layak ke playoff sejak tahun 2017. Namun Gergasi Ganas dari Greece, Giannis Antetokounmpo pastinya akan cuba untuk melenyapkan segenap pelusuk harapan pasukan Chicago Bulls yang agak merundum di penghujung musim liga NBA 2021/22.

Joel Embiid yang baru sahaja menamatkan musim yang cemerlang dan menjadi antara calon-calon MVP musim ini akan turun menentang Toronto Raptors di

pusingan pertama. Joel Embiid dan Toronto Raptors mempunyai sejarah yang kurang menyenangkan buat penyokong Philadelphia 76ers, Namun tahun ini bersama gandingan duo baharunya iaitu James Harden, Embiid dan 76ers pastinya menyasarkan misi untuk membalas dendam bagi tangisan yang dialirkannya pada tahun 2019 di bumi Canada.