Tahun 2021 telah menyajikan pelbagai aksi-aksi yang menarik dalam liga NBA, daripada kehancuran harapan LA Lakers untuk mengecapi kejuaraan berturut-turut sehinggalah pengasingan Ben Simmons bersama organisasi Philadelphia 76ers dan banyak lagi detik yang membuatkan semua peminat tidak senang duduk melihat aksi-aksi yang ditampilkan, baik dari aspek atas gelanggang atau luar gelanggang.

Detik-detik ini semestinya akan terus disematkan di dalam buku sejarah liga NBA dan sebelum beralihnya kita ke tahun kalendar 2022, mari kita imbas kembali 5 kisah terbaik dalam liga NBA pada tahun 2021.

5. Impak Atlanta Hawks mara ke Eastern Conference Finals



Siapa sangka pemain kecil lincah dari Texas mampu membisukan seluruh Madison Square Garden. Trae Young benar-benar membuktikan nilai sebenar dirinya pada pusingan playoffs tahun 2020/21 apabila bukan sahaja menundukkan pasukan New York Knicks dan jutaan peminatnya yang agresif terhadap Trae Young, malah menidakkan harapan pasukan utama dari New York itu untuk terus mara dengan lebih jauh apabila menamatkan siri itu 4-1 pada perlawanan ke-5 di New York sambil disaksikan ribuan peminat pasukan itu yang mengharapkan pasukan itu untuk mara lebih jauh dari hanya pusingan pertama kerana akhirnya pasukan Knicks tampak seperti mereka bersedia untuk mengharungi cabaran peringkat playoffs yang terakhir kalinya mereka bertanding pada tahun 2013, namun itu semua hanya fantasi buat peminat New York Knicks, dan Trae Young pastinya akan menjadi jembalang ngeri di dalam mimpi semua peminat New York Knicks yang menyaksikan aksinya mematahkan harapan pasukan tersebut.



Di pusingan kedua adalah dimana bermulanya kejatuhan karier Ben Simmons, seorang pemain point guard bersaiz 6 kaki 9 ditumpaskan oleh pemain bersaiz 6 kaki 1. Ini adalah punca kemarahan bandar Philadelphia yang mengecam teruk aksi pemain bintang pasukan mereka itu sehinggan menyebabkan pemain itu bertindak untuk meninggalkan kelab biarpun pasukan 76ers itu masih mahu menggunakan khidmatnya. Ben Simmons kini lebih pilih untuk mengasingkan diri daripada pasukan daripada bermain di khalayak peminat yang telah mengecam dirinya. Ben Simmons masih berminat untuk bermain sukan bola keranjang, namun bukan bersama pasukan Philadelphia 76ers dan ini semua berpunca daripada Trae Young dan Atlanta Hawks.

Biarpun gagal memenangi Eastern Conference Finals dan gagal melayakkan diri ke NBA Finals 2021, namun Atlanta Hawks semestinya telah mengejutkan semua peminat NBA yang tidak pernah menyangka bahawa pasukan itu mampu untuk layak sejauh itu di pusingan playoffs. Dan kemaraan mereka di peringkat playoffs itu juga telah menimbulkan beberapa masalah buat pasukan yang ditumpaskan mereka sepanjang perjalanan mereka merebut kejuaraan itu.

4. Lahirnya Brooklyn Nets Big 3



Sebelum tahun 2021, Brooklyn Nets sudah pun mempunyai tuntutan yang jelas untuk memenangi kejuaraan liga NBA melalui gandingan Kevin Durant dan Kyrie Irving. Mereka berdua sahaja sudah mampu untuk mengangkat pasukan itu untuk menjuarai liga, namun Brooklyn Nets tampak masih dahagakan pemain berbakat luar biasa untuk digandingakn dengan duo terbaik mereka itu dan kehadiran MVP musim 2017/18, James Harden tampak melenyapkan harapan pasukan lain pada musim ini. James Harden yang meluahkan hasratnya untuk meninggalkan pasukan Houston Rockets di dengar jelas oleh kawan karibnya Kevin Durant dan Kyrie Irving yang mendorong pasukan Brooklyn Nets untuk melakukan pertukaran bersama tiga pasukan yang melibatkan juga pasukan Cleveland Cavaliers.

Setelah segala urusan surat menyurat selesai, Brooklyn Nets keluar daripada urusan itu bersama kepingan terbaik untuk melengkapkan Big 3 mereka sebagai Big 3 paling berbakat dalam liga NBA. Gabungan Kevin Durant, Kyrie Irving dan James Harden semestinya merupakan gandingan terbaik yang pastinya menjanjikan kejuaraan buat pasukan Brooklyn Nets, Namun, musim ini brooklyn Nets harus menghadapi saingan liga NBA tanpa 1/3 Big 3 mereka iaitu Kyrie Irving yang memilih untuk berdiri tetap dengan pendiriannya dan melanggar peraturan bandaraya New York yang memaksa semua penduduk bandaraya itu untuk mengamil dos suntikan vaksin untuk melakukan beberapa aktiviti perlu di bandaraya tersebut.

3. Phoenix Suns dan Chris Paul mara ke NBA Finals 2021



Setelah menamatkan kempen NBA Bubble dengan rekod sempurna 8-o pada tahun 2020 berikutan aksi cemerlang Devin Booker sepanjang acara berlansung, matahari kian bersinar terang di bandar Phoenix pada tahun 2021.

Mereka berjaya menamatkan musim 2020/21 liga NBA sebagai juara Western Conference dan itu bukanlah sesuatu yang dijangkakan oleh semua peminat liga NBA kerana secara umumnya Phoenix Suns bukanlah pasukan yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan semenjak awal musim lagi.

Namun, rekod mereka yang baik sepanjang 72 permainan yang dimainkan pada musim 2020/21 itu meletakkan mereka di tempat ke-2 carta Western Conference di bawah Utah Jazz dengan perbezaan 1 kemenangan. Utah Jazz memperolehi 52 kemenangan sepanjang liga NBA musim 2020/21 dan Phoenix Suns berjaya menang 51 kali. 51 kemenangan buat pasukan Phoenix Suns tampak sedikit janggal memandangkan Phoenix Suns yang sering mempunyai rekod untuk menamatkan liga di kalangan pasukan di bahagian terbawah liga.

Namun, lonjakan pasukan Phoenix Suns pada tahun 2021 boleh dijejak ketara selepas penambahan pemain point guard veteran, Chris Paul yang mula mengubah tradisi dan mentaliti pasukan itu menjadi salah satu pasukan terbaik di Western Conference. Segar daripada pertarungan sengit menentang Houston Rockets yang tamat pada perlawanan ke-7, Chris Paul telah lakukan sedaya upaya untuk mengheret pasukan Oklahoma City Thunder ke peringkat seterusnya, namun komposisi skuad itu tidak dibina untuk bertahan lama di peringkat playoffs. Lalu, Chris Paul yang dahagakan peluang untuk merebut kejuaraan sertai pasukan yang mempunyai komposisi skuad yang lebih baik, iaitu Phoenix Suns yang merumahkan tenaga muda seperti Devin Booker dan DeAndre Ayton yang mempunyai potensi untuk digilap menjadi bintang.



Chris Paul hadir ke Arizona bersama senyuman melihat bekas jurulatihnya ketika rookie year bersama New Orleans Pelicans bakal mengemudi pasukan itu, Monty Williams merupakan seorang jurulatih yang disenangi olerh Chris Paul dan dia berada di tahap kariernya yang memerlukan dia untuk mengubah secara spontan taktik dan stratergi yang dibina olhe jurulatih pasukan dan dia kelihatan diberikan kebebasan itu oleh Monty Williams.

Jalinan mesra antara point guard dan jurulatih itu merupakan antara resepi sukses pasukan Phoenix Suns pada tahun 2021. Selain itu, stratergi pick & roll yang digunakan pasukan Phoenix Suns itu juga kelihatan efisien dengan kebolehan yang ditunjukkan oleh DeAndre Ayton untuk memainkan peranan sebagai Center pasukan itu. Kebolehan Devin Booker menjaringkan basket juga antara faktor Chris Paul akhirnya berjaya mara ke peringkat NBA Finals setelah 16 musim bermain di liga tersebut.



Kemunculan itu adalah pertama kali buat Chris Paul dan walaupun mereka tewas setelah 6 perlawanan yang sengit, Phoenix Suns tampak mahu cuba lagi musim 2021/22 setelah memperkuatkan squad depth mereka dengan penambahan Javale McGee, Landry Shamet, Elfrid Payton dan lain-lain. Mampukah Phoenix Suns mengulangi kecemerlangan mereka pada tahun 2022?

2. Steph Curry Greatest Shooter Of All Time



Madison Square Garden menjadi saksi Stephen Curry dinobatkan sebagai Greatest Shooter Of All Time setelah berjaya memecahkan rekod 3-pointer terbanyak sepanjang zaman yang sebelum ini dipegang oleh Ray Allen yang turut hadir bersama ke Madison Square Garden untuk menyerahkan anugerah itu serta mengucapkan tahniah kepada pemecah rekodnya itu. Turut haidr bersama di sisi gelanggang juga pemegang tempat ke-3 rekod itu, Reggie Miller yang turut hadir untuk bertugas sebagai pengulas perlawanan serta menghargai kejayaan yang diperolehi oleh Steph Curry.

Setelah perlawanan menentang New York Knicks yang menyaksikan Steph Curry dinobatkan sebagai Greatest Shooter Of All Time itu, Curry mempunyai 2.977 3-pointers made dalam hanya 789 perlawanan. Rekod itu adalah sesuatu yang membuatkan semua peminat liga NBA terpegun dengan kehebatan Stephen Curry apabila mengetahui bahawa Ray Allen memerlukan 1,300 perlawanan untuk capai 2,973 3-pointers made. Namun, revolusi yang dibawa oleh Steph Curry ke liga NBA akan menjadi antara percikan semangat buat bakat-bakat muda yang memasuki liga NBA untuk menjaringkan lebih banyak 3-pointer.

Tidak boleh dinafikan lagi, liga NBA semakin dipenuhi dengan bakat yang boleh menjaringkan mata melalui balingan 3-pointer dan mungkin bakat seperti Klay Thompson, Trae Young dan Luka Doncic mungkin suatu hari nanti akan mewarnai carta rekod 3-pointer terbanyak sepanjang zaman melalui cara permainan yang ditampilkan mereka kini. Namun, buat Steph Curry kini, setiap balingan 3-pointer yang dilakukannya akan disematkan sebagai sebuah cebis sejarah. Dia kini duduk selesa di tangga teratas carta dan tidak kelihatan sebarang tanda untuk perlahan.

1. GIANNIS ANTETOKOUNMPO DAN MILWAUKEE BUCKS JUARA NBA 2021

2021 merupakan tahun terbaik buat gergasi dari Greece, Giannis Antetokounmpo yang akhirnya berjaya meraih kejuaraan liga NBA bersama pasukannya Milwaukee Bucks. Giannis akhirnya berjaya membawa pulang kejuaraan liga NBA setelah 8 musim bermain bersama pasukan Milwaukee Bucks dan dia kini membuktikan bahawa dia antara pemain terbaik di dalam liga NBA setelah bukan sahaja pernah berjaya memenangi kejuaraan MVP liga, namun dia kini juga sudah dinobatkan sebagai MVP Finals 2021. Giannis telah mengecapi pelbagai jenis penghargaan seperti NBA MVP, NBA Defensive Player Of The Year, NBA Most Improved Player dan banyak lagi, namun 2021 merupakan detik dimana dia akhirnya berjaya membuktikan dirinya kepada seluruh dunia bahawa dia seorang pemain yang mampu untuk mengecapi kejuaraan liga NBA.

Berdepan pasukan Phoenix Suns yang bijak mengatur stratergi ketika bermain di NBA Finals, Giannis tampak bersedia merempuh segala cabaran itu demi mencapai matlamatnya. Phoenix Suns bertindak untuk menghantar Giannis ke garisan free-throw setiap kali Giannis cuba mencorak langkah di kawasan paint, namun Giannis yang dikenali sebagai penjaring free-throw yang kurang efisien sudah berlatih keras untuk detik-detik itu dan kerja kerasnya membuahkan hasil apabila dia merekodkan 71.7% balingan free-throw dan ia merupakan yang terbaik sepanjang kariernya.

Pasukan Milwaukee Bucks akhirnya berjaya memenangi kejuaraan liga NBA buat pertama kali setelah 50 tahun. Menundukkan juara Eastern Conference 2020 pada pusingan pertama, Miami Heat tunduk akur apabila ditewaskan 4-0 oleh Milwaukee Bucks. Namun, peringkat separuh akhir Eastern Conference merupakan pencabar sebenar buat pasukan Milwaukee Bucks. Bermain menentang Kevin Durant, Giannis dan Bucks dikerah untuk bertarung sepanjang siri yang sengit itu. Perlawanan ke-7 adalah dimana Bucks akhirnya menyembelih harapan Nets untuk mara. Balingan 3-pointer kontroversi yang dilakukan oleh Kevin Durant yang memijak garisan ketika membuat balingan itu merupakan penyelamat pasukan Milwaukee Bucks yang akhirnya mara ke Eastern Conference Finals untuk menentang Atlanta Hawks. Menumpaskan gergasi Eastern Conference Finals merupakan penggalak semangat yang diperlukan pasukan Bucks untuk menempuhi saingan Eastern Conference Finals menentang Trae Young dan Atlanta Hawks. Bucks dilihat mendominasi siri itu apabila berjaya menamatkan siri pada perlawanan ke-6 untuk dinobatkan sebagai juara Eastern Conference.

Setelah mengecapi segalanya pada tahun 2021, Giannis Antetokounmpo kini berjaya menyelit namanya dikalangan pemain-pemain terbaik liga NBA apabila dianugerahkan sebagai 75 pemain terbaik liga NBA. Adakah kejayaan ini akan mendorong Giannis Antetokounmpo untuk meraih banyak lagi kejuaraan dan anugerah?