Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya dan kita akan disambut tahun baharu 2022 dalam beberapa hari lagi dan seperti berubahnya tahun, begitu juga keadaan sekitar liga NBA menjelang perubahan kalendar yang ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat. Buat peminat liga NBA, berikut merupakan antara perkara yang dinantikan serta babak menarik dalam liga NBA yang dijangka akan tiba menjelang munculnya bulan baru iaitu Januari.

5. Siapa yang bakal di-trade?

Januari akan menjadi bulan yang agak sibuk buat pasukan-pasukan di dalam liga NBA bagi merangka keputusan dan menyusun komposisi skuad yang sedia ada sebelum trade deadline menjelang tiba pada 10 Februari 2022 bagi menempuhi separuh masa kedua pasukan mereka dalam menghadapi cabaran separuh masa kedua liga itu. Pasukan yang kurang menyerlah dalam saingan separuh masa pertama kini akan membuat keputusan menentukan nasib fraincais mereka buat baki perlawanan mereka di dalam liga NBA musim 2021/22. Adakah mereka akan memperbaiki komposisi skuad untuk menghadapi cabaran atau adakah mereka pilih untuk menyerah dan cuba lagi musim depan? Pasukan yang berada di kelompok bawah liga pastinya akan merasai tekanan setelah memainkan lebih daripada 30 perlawanan dan kurang mendapatkan keputusan yang mereka inginkan.



Pasukan seperti Sacremento Kings dan Portland Trail Blazers yang mempunyai pemain nama besar seperti Damian Lillard, De’Aaron Fox dan Buddy Hield pastinya merasai tekanan untuk mengekalkan komposisi skuad atau melepaskan pemain bintang mereka kepada pasukan yang sanggup membayar nilai yang serumpun untuk memperkuatkan jentera mereka. Nantikan sebuah trade blockbuster buat pemain Ben Simmons yang menantikan saatnya untuk kembali berada di atas gelanggang bola keranjang bersama warna baru di kulitnya.



4. Kyrie Irving pulang ke gelanggang bola keranjang

Juara NBA tahun 2016, Kyrie Irving semakin hampir pasti untuk pulang bersama Brooklyn Nets yang membenarkan dia untuk menyertai perlawanan di tempat lawan berikutan pergelutan sensasi protokol bandaraya New York yang tidak membenarkan pemain yang tidak mengambil dos vaksin untuk terlibat di dalam beberapa aktiviti termasuk bola keranjang di sekitar bandaraya New York. Kyrie Irving kini berada di kategori Health & Safety protocol NBA yang mengharuskan dia untuk melengkapkan proses kuarantin dan beberapa ujian Covid-19 akibat wabak penyakit Covid-19 sebelum dibenarkan untuk menyertai pasukan.

Kyrie Irving dijangka akan dibenarkan beraksi bermula 1 Januari 2022 jika dia melengkapkan Health & Safety Protocol dan dijangka akan kembali ke gelanggang bola keranjang pada tanggal 6 Januari 2022 di mana Brooklyn Nets dijadualkan untuk menentang Indiana Pacers di perlawanan away pertama mereka pada tahun 2022. Kemunculan kembali Kyrie Irving pasti akan ditunggu-tunggu oleh peminat liga NBA yang terbiasa menyaksikan kelincahan pemain 7 kali NBA All-Star itu.



3. All-Star bound

Berbanding bulan sebelumnya, Januari pastinya akan mempersembahkan aksi-aksi mantap daripada pemain-pemain bintang liga NBA yang pastinya akan mengejar peluang untuk dicalonkan ke pelawanan All-Star yang akan melonjakkan nilai pemain dan mengiktiraf pemain yang bekerja keras sepanjang separuh musim pertama liga itu. Buat sesetengah pemain, ini akan menjadi make or break moment untuk mereka melayakkan diri ke perlawanan All-Star. Pemain seperti pendahulu carta Most Improved Player liga NBA, Miles Bridges pasti akan menyasarkan tempat untuk berada di kalangan pemain All-Star setelah aksinya yang mendahului pasukan Charlotte Hornets bersama teman sepasukannya Lamelo Ball yang menyasarkan perlawanan All-Star pertama buat dirinya juga walaupun baru di musim kedua dia beraksi di liga NBA. Ini juga masa terbaik buat pemain utama Mamphis Grizzlies Ja Morant yang beraksi cemerlang sebelum kecederaan menimpanya, bagi menampilkan aksi terbaik kariernya untuk melayakkan diri ke perlawanan All-Star pertama buat dirinya kerana dia dilihat cemerlang di suku awal liga NBA.



Selain bekerja keras untuk dinobatkan sebagai pemain All-Star, mereka pastinya mahu menjadi kapten pasukan mereka dan membuktikan kepada seluruh liga bahawa mereka pemain terbaik liga pada musim itu. Pemain seperti Steph Curry, Kevin Durant, Lebron James dan Giannis Antetokounmpo pastinya akan menjadi pendahulu carta undian kapten pasukan All-Star berdasarkan nilai prestasi yang mantap mereka sepanjang separuh musim liga dan nilai populariti mereka di kalangan peminat dan masyarakat liga NBA. Tidak boleh dinafikan juga tuntutan Demar DeRozan dan Chris Paul yang layak diiktiraf sebagai kapten pasukan All-Star kerana berjaya membawa pasukan masing-masing menduduki tangga teratas liga melalui prestasi cemerlang sepanjang musim berlangsung. Siapa yang bakal layak ke perlawanan All-Star? dan siapa kapten mereka?



2. Situasi Covid-19 sekitar liga NBA

Tidak boleh dinafikan lagi wabak penyakit Covid-19 kini kembali rancak menghantui kancah sukan di serata dunia dan liga NBA juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah yang sama dengan beberapa liga sukan yang besar di dunia. Setakat ini, sejumlah 9 perlawanan telah ditunda oleh liga NBA melibatkan beberapa pasukan yang berhadapan serangan wabak penyakit Covid-19. Sekitar bilangan 100 pemain juga dilaporkan berada di kategori Health & Safety Protocol yang melibatkan penyebaran wabak virus Covid-19 yang menyaksikan beberapa perlawanan dimana pasukan terpaksa beraksi tanpa pemain-pemain utama mereka.

Tarikh bagi perlawanan yang ditunda belum lagi dijadualkan oleh liga NBA dan Commisioner liga NBA, Adam Silver telah memutuskan untuk meneruskan baki saingan perlawanan liga NBA dan menutup segala konspirasi dan andaian bahawa liga itu akan ditutup. Kata Adam Silver, liga ini harus belajar untuk hidup bersama virus itu dan bersama kita akan tangani wabak penyakit Covid-19 melalui kepatuhan terhadap syarat-syarat khas yang telah ditetapkan. Semestinya peminat-peminat liga NBA mahu liga itu untuk pulih agar para peminat dapat untuk menyaksikan aksi yang melibatkan pasukan kegemaran mereka kembali di atas gelanggang bola keranjang liga NBA.


1. KLAY THOMPSON

Januari akan menjadi bulan yang dinantikan oleh para peminat liga NBA terutamanya peminat pasukan Golden State Warriors yang menantikan kepulangan lagenda mereka yang tercedera pada perlawanan NBA Finals 2019 yang kecewa buat mereka yang tewas kepada Toronto Raptors dan kehilangan 2 pemain utama ketika itu iaitu Klay Thompson dan Kevin Durant. Secara harfiahnya, Klay Thompson telah meninggalkan kancah bola keranjang selama 3 tahun, Namun menerusi post dan stories di laman Instagram milik Klay Thompson sering menunjukkan progres dia untuk kembali ke gelanggang bola keranjang liga NBA yang membuatkan seluruh peminat liga NBA tidak sabar akan ketibaan pemain 3-pointer sensasi yang menjaringkan 60 points dalam 11 dribbles itu.



Klay Thompson juga boleh dilihat aktif di sekitar kawasan bangku simpanan Golden State Warriors di setiap perlawanan dalam menyemarakkan lagi semangat pasukan itu serta memberi pendapat dan tips buat pemain muda pasukan itu yang dahagakan pengalaman dan kemenangan. Pasukan Golden State Warriors kini merupakan antara pendahulu liga dengan menyamai rekod kemenangan yang sama dengan pasukan Phoenix Suns dengan 25 kemenangan. Di bulan Januari, bersama kembalinya Klay Thompson, pasukan Golden State Warriors pastinya dijangka untuk terus mengekalkan rentak kemenangan melalui resepi shooting style mereka yang kini baru sahaja reload menjadikan gandingan Steph Curry-Klay Thompson kembali sebagai the best shooting backcourt di dalam liga NBA. Adakah impak Klay Thompson akan jelas diperlihatkan dalam perlawanan pertamanya? Atau adakah Klay Thompson perlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam rentak liga NBA?