The Blues kini menghuni tangga ke-14 kedudukan liga sekadar 8 mata dikutip selepas 7 perlawanandab sudahpun ditewaskan 3 kali oleh pihak lawan yang lebih lemah jikalau dilihat di atas kertas. Kali terakhir mereka turun padang bertemu Newcastle United di St James Park hampir hampir memperlihatkan mereka mengalami kekalahan yang ke-4 dalam 7 perlawanan namun nasib menyebelahi mereka debgan 2 gol dalam 10 minit terakhir memastikan mereka pulang dengan sekurang kurangnya 1 mata. Babak pertama pertemuan tersebut melihat The Magpies mendominasi permainan dan Chelsea seolah olah pasukan bawahan liga yang sukar menguasai bola dan menghasilkan peluang sekaligus Newcastle mendahului 2-0. Namun di babak kedua Chelsea mula menyerang kubu lawan tetapi buntu dalam beberapa percubaan sehingga percaturan Mourinho membawa hasil dgn memasukkan Willian serta Ramires yang sekaligus membawa impak besar dengan gol masing masing menyelamatkan maruah Chelsea.

Minggu lalu mereka berjaya menewaskan The Gunners dalam satu pertemuan penuh kontroversi dan menarik menyaksikan kemenangan selesa 2-0 namun ia jauh daripada kebenaran jikalau kita katakan ia adalah kemenangan selesa buat Chelsea kerana Arsenal kurang bernasib baik terpaksa beraksi dengan 9 pemain pada satu ketika sehingga hujung permainan. Tindakan penyerang sensasi mereka Diego Costa juga dikritik hebat dan akhirnya membawa kepada penggantungan pemain tersebut oleh FA England. Jose Mourinho yang dikatakan bijak dalam permainan minda kini nampak seolah olah dapat dibaca pasukan dan pengurus pasukan lain dan ramai tidak lagi gentar akan beliau. Kedudukan Chelsea ketika ini adalah antara yang terburuk pernah mereka alami pada awal musim lagi lagi dengan tag sebagai juara bertahan liga inggeris musim lalu. Saingan liga semakin sengit dan banyak pasukan telahpun memantapkan skuad masing masing bukan sekadar 4 atau 5 pasukan terbaik sahaja tetapi hampir kesemua pasukan dalam saingan liga perdana inggeris. Di sini saya melihat Mourinho dan sifat ego beliau terlalu memberi kepercayaan kepada skuad yang sedia ada dan tidak banyak melakukan perubahan atau memantapkan skuad beliau menjelang musim baru 2015/2016 ini sekaligus memberi kesan negatif kepada keputusan perlawanan di peringkat awal ini. Rata rata pemain sama kita lihat musim lalu memimpin The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris terus diberi kepercayaan dan tidak dinafikan mereka adalah pemain berkualiti dan antara terbaik di dunia namun dilihat seolah olahmudsh dibaca corak permainan mereka. Lebih mengejutkan lagi selain kedudukan liga menghampakan, mereka juga telah dibolosi 14 kali dalam 7 perlawanan dan itu adalah sesuatu yang terlalu sukar untuk ditelan Jose Mourinho selaku pengurus pasukan yang mengutamakan kekentalan barisan pertahanan terlebih dahulu sebelum memantapkan barisan tengah serta serangan.

Chelsea bakal bertemu bekas pasukan kendalian Mourinho ketika bermulanya zaman kegemilangan beliau sebagai pengurus pasukan bolasepak yang digeruni iaitu FC Porto dalam saingan Liga Juara Juara Eropah dan semestinya ramai melihat ini sebagai peluang terbaik untuk mengambil kesempatan kelemahan The Blues di bahagian pertahanan dan cuba mengejutkan mereka. Saya pasti Mourinho sedang sibuk dalam sesi latihan bersama skuadnya demi memastikan barisan pertahanan itu kembali digeruni agar pemain kreatif mereka seperti Willian, Hazard dan ramai lagi mampu mengucar ngacirkan barisan pertahanan pihak lawan sekaligus mengembalikan 'fear factor' pasukan Chelsea kepada pengurus kelab pasukan pasukan lain. Seterusnya Chelsea bakal bertemh Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan itu juga dijangkakan pertemuan kerana kemampuan Southampton dalam 2-3 musim lalu semakin meningkat walaupun kehilangan beberapa tonggak namun tetap mempamerkan aksi yang baik. Persoalannya mampukah Jose Mourinho mengembalikan maruah pasukan Chelsea pada musim ini dengan mempertahankan kejuaraan liga musim lalu ataupun sebaliknya?

Ikuti BPL secara eksklusif di Astro Supersports.