Apabila Liverpool berjaya menewaskan Newcastle United (3-1) ia meletakkan satu momentum yang baik bagi The Reds untuk terus memberi tekanan pada Manchester City yang berada di puncak liga.

Dengan kemenangan itu ia terus mengekalkan rekod tanpa kalah pada 5 perlawanan terakhir dan yang lebih penting ia terus meningkatkan keyakinan pemain-pemain Liverpool untuk terus mencipta kemenangan bagi memburu kejuaraan musim ini setelah tidak berjaya mengekalkan kejuaraan yang The Reds miliki pada musim 2019-2020.

Dalam situasi terkini apa yang lebih menarik sebenarnya bagaimana ketajaman bahagian serangan The Reds yang menunjukkan kekuatan yang dimiliki. Dimana dari 5 perlawanan terakhir sahaja pemain The Reds berjaya menjaringkan 13 gol dan secara keseluruhan dari 17 perlawanan yang dilalui anak didik Jurgen Klopp itu telah membuktikan bahawa barisan serangan mereka adalah yang terbaik di Liga Perdana Inggeris ini kerana jumlah yang di kumpul setakat ini 48 jaringan dan yang terbanyak di kalangan pasukan-pasukan lain.

Ini boleh di lihat bagaimana kombinasi dan persefahaman yang baik dipamerkan pemain serangan Liverpool yang diketuai oleh Mohamed Salah, Sadio Mane dan Diogo Jota ketika membenam Newcastle semalam. Apa yang menariknya mereka ini mempunyai satu sikap yang positif dan sentiasa inginkan kemenangan serta dahagakan jaringan. Mereka sentiasa berkerjasama dalam memburu jaringan dan apabila mereka berjaya melakukan jaringan mereka akan raikan bersama. Itulah keharmonian dalam skuad kendalian Klopp untuk memastikan mereka terus bersama dalam keadaan suka dan duka.

Itulah yang membuatkan Mo Salah terus meroket ketika ini dengan mengumpul 15 jaringan dari 17 perlawanan yang ditempuhi serta merupakan penjaring terbanyak liga ketika ini. Selain itu sokongan daripada pemain-pemain midfield juga banyak membantu kejayaan Salah dan rakan-rakan bahagian serangan ketika ini kerana dengan umpanan yang kreatif serta yakin dengan kemampuan pemain-pemain penyerang mereka. Kekuatan itu yang membuatkan Liverpool masih boleh bertahan ketika ini untuk terus bersaing dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada setiap musim.