Sekali lagi, Manchester United(Man Utd) gagal untuk mendapat kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Burnley di Old Trafford dan Jose Mourinho perlu sedar mereka kini berada diambang krisis yang mungkin membawa padah.

Selepas tewas kepada Chelsea, Mourinho berkata Man Utd perlumendapat mata penuh dalam perlawanan Burnley, Swansea dan juga Arsenal untuktidak berada jauh dari kelompok atas liga.

Namun, setelah membazirkan banyak peluang menentang Burnley,juga kecemerlangan penjaga gol pihak lawan, Tom Heaton, menyebabkan Man Utd kehilangan dua mata berharga di tempat sendiri.

Man Utd hanya mencatat 1 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir liga, dan sudah tidak menjaringkan gol dalam 3 perlawanan terakhir.

Mourinho perlu bertindak segera untuk mencari idea supaya Man Utd kembali meledak gol, dengan Zlatan Ibrahimovic tampak semakin ketandusan dalam mencari gol.

Menentang Burnley, selain kecekapan Tom Heaton, Ibrahimovic juga melepaskan beberapa peluang keemasan di hadapan pintu gol, sementara Wayne Rooney juga terlepas ruang menjadi hero di hujung perlawanan.

The Red Devils bertindak cemerlang dalam mengatur gerakan, dipimpin oleh Juan Mata, Paul Pogba dan Ander Herrera, serta kelincahan Marcus Rashford dan Jesse Lingard,namun gagal mencari penyudah.

Mereka menghasilkan 37 cubaan, 11 ke arah pintu gol dan mengawal 72% penguasaan bola, bagaimanapun gagal dalammencari gol pembukaan.

Ketiadaan Mkhitaryan di bangkusimpanan masih menjadi tanda tanya, dan kemasukan Rooney, Memphis Depay dan Marouane Fellaini juga tidak banyak membantu dalam bahagian serangan.

Bukan sahaja di barisan hadapan, Man Utd juga kini menghadapi krisis di bahagian pertahanan mereka.

Walaupun Burnley tidak memberiancaman yang hebat, namun ketiadaan Eric Bailly dan Chris Smalling dapat dirasai.

Marcos Rojo dan Daley Blind digunakan di bahagian pertahanan tengah namun beberapa kali mereka hampir terperangkap dengan kelajuan penyerang-penyerang Burnley.

Blind dan Rojo tidak mempunyaikepantasan Baily dan Smallingsementara pemain pertahanan kanan, Antonio Valencia pula akan menjalani pembedahandi bahagian lengan, menyaksikan Matteo Darmian akan mengisitempat beliau di posisi itu.

Kehilangan seorang lagi pertahanan mungkin akan menjadi masalah besar kepada Mourinho. Di bangku simpanan sewaktu menentang Burnley, tiada pemain pertahanan neutral yang disenaraikan, melainkan DM Morgan Schneiderlin dan Michael Carrick, serta Ashley Young.

Mourinho juga mungkin berhadapan dengan hukuman denda dari pihak Liga, apabila dia terpaksa berada di tempat duduk penonton sewaktu separuh masa keduamenentang Burnley akibat protes yang melampau.

Walau apa sekalipun, Mourinho harus bertindak cepat untuk mengelakkan dari musim Man Utd menjadibertambah buruk.