Satu perkara yang cukup diidamkan buat setiap insan menempa kejayaan seawal yang mungkin apatah lagi mengharumkan nama negara. Inikan pula seorang anak seawal usia 11 tahun yang sudah menempa nama sebagai juara Asia!

Perkara yang Intan nak kongsikan kali ini adalah kejayaan seorang kanak-kanak yang bernama Adam Mikail atau lebih dikenali sebagai Mika.Anak ini bukan sahaja telah membuatkan orang sekelilingnya berbangga namun kagum dengan tahap semangat juang tinggi yang ditonjolkannya di usia muda.

Mika mula berkecimpung dalam sukan permotoran go-kart sejak tiga tahun lalu iaitu ketika berusia 8 tahun.Ketika ditanya mengapa memilih go-kart, beliau menjawab mula memupuk minat apabila sering melihat abangnya sering turun berlatih memandu go-kart.Lama kelamaan Mika terpanggil untuk mencuba sukan ini.

Apa yang istimewanya Mika ini di sebalik kejayaannya,beliau merupakan seorang anak yang berada dalam kondisi disleksia iaitu masalah pembelajaran iaitu membaca,menulis,mengeja, dan mengira. Namun itu tidak menjadi alasan untuk beliau tidak berusaha keras mencapai cita-citanya menjadi pelumba go-cart yang berjaya. Biarpun agak ‘lambat’ dalam pembelajaran sekolah,namun Mika mempunyai kemampuan luar biasa apabila menumpukan fokis kepada bidang yang beliau minat.

Tambahan lagi menurut Rohairijaz Ropin selaku pengarah Double R Motorsport yang juga jurulatih Mika, anak ini merupakan pelumba yang cukup disiplin dan rajin turun berlatih, walaupun pada awalnya dahulu Mika sering merungut panas,selorohnya.

Tambahnya lagi, Mika adalah seseorang yang tidak boleh menerima banyak araham dalam satu masa. Jadi pesanan beliau kepada Mika sebelum perlumbaan akhir sebelum merangkul kejuaraan Asia tempoh hari adalah “Mika,jangan pandang belakang”, kerana apabila Mika tidak pandang belakang fokusnya hanya tertumpu kepada pemanduan dan meninggalkan pelumba lain di belakang.

Selepas merangkul gelaran juara Asia dalam saingan Rotax Max Asia Challenge 2017 kategori Micromax, Mika akan terbang ke Portugal bagi meneruskan perjuangan dalam Rotax Challenge Grand Finals dalam kategori yang sama.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan beliau.Kepada Mika, terus ke depan,jangan pandang belakang..