Mercedes era ini begitu sinonim dengan pengertian penguasaan mutlak dalam saingan Formula 1.

Tanpa cabaran daripada entiti bertaraf seteru, F1 makin dianggap sebagai sukan mahal yang membosankan.

Ferrari misalnya masih belum berupaya mengembalikan zaman kegemilangan di sebalik status sebagai pasukan legasi.

Limpahan kewangan tanpa pemandu yang luar biasa menyaksikan apa jua pasukan akan bergelut untuk menandingi Mercedes dan jaguhnya, Lewis Hamilton.

Sehinggalah perlumbaan GP Itali di Litar Monza yang dijulang sebagai gelanggang keramat buat The Prancing Horse.

Charles Leclerc, anak muda kelahiran Monte Carlo, Monaco, bangkit keterujaan apabila disunting Ferrari bagi kempen musim ini.

Tidak kurang juga yang membangkitkan tanda tanya terhadap kemampuan seorang pemandu berusia 21 tahun untuk memikul tugas mengembalikan kesinambungan dominasi mereka.

Tetapi pemanduan di Monza yang membawa kepada kejuaraan kedua F1 dalam kerjaya peribadi membuka mata mereka yang meraguinya.

Pusingan ke-23, Leclerc tidak membenarkan diri untuk dibuli Hamilton dengan pemanduan berani dan agresif.

Hamilton mungkin tidak setuju.



Saat Leclerc melintasi garisan penamat, Monza meletus ghairah dengan kejayaan pasukan mereka selepas sekian lama.

Pencapaian Leclerc ini bermakna terpadamnya kemarau kemenangan Ferrari di laman sendiri sejak edisi 2010.

Ini baru F1.