MAS akan pujuk Mun Yee

Muzaffar Musa
Mac 23, 2021 12:45 MYT
Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan berusaha memujuk penerjun senior, Leong Mun Yee, untuk menangguhkan persaraannya sehingga tahun depan.
Ia agar penerjun itu dapat membantu Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam hujung tahun uini
Setiausaha Agung MAS, Mae Chen, mendedahkan skuad terjun negara sudah mendapat lampu hijau untuk menyertai Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA di Tokyo pada 18 April ini, yang akan menjadi medan terakhir buat penerjun elit negara memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan dan Mun Yee berada dalam senarai yang akan menyertai kejohanan itu.
Mae Chen berkata Mun Yee telah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik tetapi MAS meminta penerjun senior itu agar mempertimbangkan semula keputusannya bagi membantu negara di Hanoi.
Jika ia menjadi realiti, Mun Yee akan melakukan penampilannya yang ke-13 dalam temasya dwitahunan itu sejak 1977.
Mae Chen berkata: "Setakat ini, yang menyuarakan hasrat untuk bersara selepas Sukan Olimpik adalah Mun Yee.
"Saya rasa saya masih dapat meyakinkan mereka semua untuk kekal lebih lama kerana Sukan Olimpik sehingga Ogos, empat bulan lagi dan Sukan SEA agak mudah untuk dihadapi mereka.
"Jadi, saya agak pasti," katanya.

Kenapa Setiausaha Agung MAS, #MaeChen nak kena pujuk ni?? Nantikan laporan penuh di #Nadi Arena 7.30 malam ini bersama @rabkairahas & @dayangatul.. pic.twitter.com/tnmXxvEvTo

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Leong Mun Yee #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Sukan SEA Vietnam 2021 #Persekutuan Renang Malaysia