Kegagalan Liverpool mengutip tiga mata ketika perlawanan penutup tirai tahun 2020 menentang Newcastle United di St. James Park telah mencuri tumpuan semua peminat-peminat seteru utama Liverpool, terutamanya bagi peminat-peminat Manchester United.

Kegirangan dan kecerian yang dipancarkan melalui ekspresi mereka di laman-laman media social sudah mengambarkan mereka begitu puas dan berterima kasih kepada pengendali Newcastle United iaitu Steve Bruce yang juga merupakan lagenda Manchester United itu telah berjaya menyekat kemaraan mata Liverpool. Ini sudah pasti menerbitkan satu harapan besar dikalangan peminat-peminat tegar Manchester United agar pemain-pemain Manchester United mengambil peluang yang terbuka ketika ini.

Dengan perbezaan tiga mata di antara Manchester United dan Liverpool yang ketika ini berada pada kedudukan teratas carta Liga Perdana Inggeris itu akan membuka ruang pada Manchester United untuk terus menekan Liverpool bagi perebutan kejuaraan liga musim 2020-2021. Ini akan menjadikan ia lebih menarik untuk melihat sejauh mana kemampuan pemain-pemain Liverpool mengawal emosi dan tekanan untuk memastikan momentum kemenangan mampu dikekalkan. Ia sudah pasti akan menyukarkan Jorgen Klopp untuk mencari formula bagi memastikan tahap keyakinanan dan ketenangan pemain-pemainnya akan terus berada pada paras yang maksimum.

Pada ketika ini peranan pakar psikologi amat penting untuk memotivasikan pemain-pemain Liverpool kerana ia tidak mahu terjadi seperti Tottenham Hotspur yang hanya bertahan di puncak liga hanya beberapa minggu sahaja. Begitu juga dengan pemain-pemain Manchester United, dimana mereka juga memerlukan sokongan daripada pasukan kejurulatihan psikologi Manchester United bagi memastikan semangat untuk terus bersaing dan merebut tempat teratas liga sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Inilah masa terbaik untuk Manchester United kembali menguasai liga dan seterusnya mencipta kejuaraan untuk kali ke 21 kerana tahap keyakinan diri dan keharmonian pemain-pemainnya sedang meningkat, dimana kali terakhir Manchester United menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2012-2013. Ketika ini jugalah Ole Gunnar Solskjaer dan pasukan kejurulatihannya perlu bijak dan perlu matang dalam melayani provokasi-provokasi yang bakal dilakukan pihak lawan melalui media-media pada masa mendatang. Jadi apa tunggu lagi Manchester United rebutlah peluang yang terhidang ini.