Tewas di perlawanan pertama banyak memberi pengajaran pada pemain-pemain Manchester City dan akhirnya mereka terus bangkit bagaikan harimau yang luka.

Lihat bagaimana Pep Guardiola memainkan peranan dalam membentuk perwatakkan dan karektor pemain-pemain Man City. Mereka terus mencipta kemenangan yang besar di hadapan penyokong-penyokong sendiri ke atas Norwich City yang bagaikan hilang pedoman apabila di asak bertubi-tubi Man City.

Dengan mengekalkan falsafah bola sepak Man City serta formasi 4-3-3 yang digemari Pep Guardiola ia telah membawa satu permainan yang penuh dimensi dan bertenaga. Semua pergerakan Man City begitu tersusun dan kemas melalui pemain-pemain midfield mereka seperti Rodrigo Hermandez, Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan yang berjaya mengunakan kelebihan yang ada pada diri mereka untuk mempelbagaikan corak permainan melalui kretaiviti mereka. Lihat bagaimana setiap hantaran lolos yang dilakukan pasti akan memberi kegusaran pada pertahanan lawan.

Bukan itu sahaja kepantasan setiap gerakkan pemain-pemain hadapan Man City juga berjaya memerangkap pertahanan lawan. Kelibat Ferran Tores, Gabriel Jesus, Jack Grealish, Raheem Sterling dan Riyad Mahrez telah membuatkan Man City begitu garang sekali.Mereka ini bijak dalam membuat keputusan pantas, baik semasa bola di kaki atau pun tiada. Lihat sahaja 3 jaringan yang dilakukan Man City melalui hantaran lintang yang pantas ke dalam kawasan penalti. Ia menunjukkan kombinasi dan persefahaman di antara pemain hadapan Man City amat tinggi sekali.

Dengan kelebihan itu semua ia membuatkan Man City berjaya membenam Norwich City dengan mudah. Kemenangan itu juga pasti akan meningkatkan keyakinan keseluruhan pemain-pemain Man City untuk memberi persembahan yang lebih baik selepas ini.

Pep Guardiola juga pasti merasa gembira dengan keseluruhan pemain-pemainnya terutama Jack Grealish yang baru di bawa masuk musim ini yang telah mula menunjukkan keserasian dan persefahaman yan baik dengan rakan-rakan sepasukan. Ini akan membuatkan Man City semakin garang untuk terus mengekalkan kejuaraannya musim lalu.