Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil dengan perspektif mengapa tidak wajar tunda Sukan SEA Hanoi 2021.

MOM akan memastikan input membina ditawarkan pada mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang akan bersidang esok akan menentukan hala tuju Hanoi 2021.

Penundaan Hanoi 2021 ke tahun hadapan akan menjejaskan kalander 2022 yang sudah padat membabitkan penganjuran Sukan Komanwel dan Asia.

Menerusi presidennya, Tan Sri Norza Zakaria, berasakan ada jalan penyelesaian lebih baik berbanding penundaan atau pembatalan temasya tersebut.

"Kami telah memiliki perancangan atlet untuk beraksi di Hanoi. Kami akan berbincang mengenai penganjuran Sukan SEA ini bersama SEAGF esok," katanya.

Sementara itu, Norza turut menegaskan Olimpian yang akan ke Tokyo tidak perlu risau dengan perkembangan luar daripada program latihan mereka.

Ini susulan status Malaysia menurut laporan media tempatan sebagai 10 negara dikenalpasti Jepun sebagai berisiko tinggi disebabkan jumlah kes semasa COVID-19.

"Saya berasakan atlet-atlet mahu kekal fokus untuk merealisasi impian mengejar pingat untuk negara."