Bolasepak Kedah Darul Aman tengah syok. Kenapa? Semua gara gara berjaya tamatkan saingan Liga yang penuh berliku selaku Naib Juara Liga Super musim ini sekali gus mengesahkan slot ke pentas Asia.

Selepas lalui drama dengan olahan skrip yang berbeza dengan pembabitan marhain marhain tinggi, tak payah la penulis nak cerita apa yang jadi. Peminat Kedah lalui dengan penuh sabar. Di Gajah Mati,Langgar, Pokok Sena mahupun di Kuboq Panjang senang cerita seluruh Kedah la tahu apa yang terjadi. Syabas geng Hijau Kuning..

Paling penting selain penyokong yang sabar pastinya barisan pemain dan kejurulatihan.

Aidil Shahrin Ishak jurulatih kelahiran Singapura dibantu penolong jurulatih Victor Andrag dan Azmi Mohamad serta seluruh pasukan kejurulatihan serta pemain telah berjaya membentuk keharmonian sebagai sebuah keluarga yang cukup akrab dikala berdepan isu gaji, isu pertukaran "Kabinet KFA" dan lain lain isu dalaman mahupun luaran. Penulis rasa kalau jurulatih lain dah ucap Selamat Jalan dah.Tapi Aidil tetap profesional.


Asia, Here We Come!

Posted by FA Kedah on Sunday, October 11, 2020


Persoalan kini apakah kontrak Aidil bakal disambung? KFA macam mana pulak? Ke nak relax dulu? Ke ayat biasa tengah kaji?

Pada penulis Aidil patut diberi lagi ruang untuk kemudi pasukan Kedah bagi musim akan datang yang akan bermula dengan cerita baru iaitu penswastaan.

Bagi penulis dengan adanya Haji Radhi Mat Din bekas pemain di era gemilang Kedah segalanya akan dipermudahkan kerana bekas ketua pasukan Kedah ini sudah masak dengan "nyanyian" bola sepak Malaysia dan Kedah.Tak payah ramai ramai bincang dengan Aidil bagi Haji Radhi saja.Rasa kalau gaji tak naik pun Aidil akan kekal dengan Kedah.Penulis rasa la.

Aidil mula jatuh hati dengan Kedah selepas dapatkan nasihat dan pandangan dari bekas pemain import Kedah era 90an V Sundramorthy.

Jadi Penulis tak mau panjangkan cerita, Hampa penyokong macam mana pulak.Nak Aidil dikekalkan ke tak.Kongsi la sedikit..

#BiarJasaJadiKenangan