Ketika Manchester City dan Manchester United sudah memdabik dada setelah menempah slot ke Liga Juara-juara Eropah namun bagi juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Liverpool, nasibnya masih tidak menentu, di mana Liverpool masih lagi mencari salah satu slot dari dua kekosongan. Ini sudah tentu membimbangkan peminat-peminat Liverpool, adakah pasukan kesayangan mereka itu dapat menempah slot ke Liga Juara-juara Eropah memandangkan hanya tinggal satu perlawanan sahaja lagi yang akan dilalui Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sudah tentu pertemuan dengan Crystal Palace amat penting bagi Liverpool kerana dengan kemenangan sahaja ia dapat mengesahkan slot untuk Liverpool ke Liga Juara-juara Eropah musim depan. Pada ketika ini Liverpool berada pada tangga keempat di belakang Chelsea dan mendahului Leicester City di tempat kelima. Di mana ketiga-tiga pasukan itu masih lagi mempunyai peluang untuk merebut dua slot terakhir untuk layak ke Liga Juara-juara Eropah musim depan. Ini satu perebutan slot yang begitu sengit kerana ia merupakan perlawanan terakhir bagi semua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sudah tentu tekanan akan dirasai oleh pemain-pemain ketiga-tiga pasukan itu dan ketika ini juga pengurus pasukan perlu bijak dalam mengawal emosi pemain-pemain selain merancang strategi yang terbaik untuk memastikan kemenangan milik mereka. Dalam situasi ini ia memberi kelebihan pada Liverpool sebenarnya kerana pemain-pemainnya sudah melaluinya beberapa musim lalu dan ini juga merupakan kepakaran Jurgen Klopp dalam mengurus tadbir emosi pemain-pemainya. Selain itu ketajaman jentera serangan Liverpool juga akan menjadi perhatian.

Berdasarkan prestasi jentera serangan Liverpool tidak menjadi masalah untuk mencipta kemenangan sebaliknya Liverpool boleh menang selesa ke atas Crystal Palace. Namun apa yang dibimbangkan konsistensi pemain-pemain Liverpool untuk menggekalkan konsentrasinya sepanjang perlawanan kerana mereka tidak boleh melakukan sedikit kesilapan. Sekiranya berlaku kesilapan sudah tentu akan memberi kelebihan pada lawan dan jika Liverpool tidak mahu keciciran pemain-pemainnya perlu tenang dan mencari jaringan awal untuk mematikan rentak permain lawan.