Penantian musuh-musuh Liverpool untuk melihat anak didik Jurgen Klopp tersungkur di gelanggang sendiri terutama ketika menentang Manchester City semalam tidak kesampaian apabila kedua-kedua pasukan itu hanya mampu mengutip satu mata.

Perlawanan di Anfield itu telah membuktikan bahawa Liverpool adalah sebuah pasukan yang mempunyai daya saing yang kuat apabila berjaya kembali bangkit pada separuh masa kedua walaupun Man City mendominasi permainan pada separuh masa pertama. Itulah kelebihan yang ada pada Liverpool apabila mempunyai seorang pengurus yang bijak dalam mengurus tadbir emosi pemain-pemainnya.

Dengan kelebihan yang dimiliki Klopp itu beliau telah berjaya merubah strategi dengan mengarahkan pemain-pemain memberi tekanan awal dan memenangi bola dengan lebih cepat daripada pemain-pemain Man City supaya pemain-pemain Man City tidak mempunyai masa untuk menguasai permainan. Selain itu Klopp juga bijak mengunakan kekuatan yang ada pada pemain-pemainnya untuk memerangkap pertahanan lawan seperti kepantasan yang dimiliki Mohamed Salah. Dengan memiliki pemain yang mempunyai kepantasan dan skill individu yang baik itu juga Klopp berjaya memerangkap lawan dengan strategi pergerakkan serangan dengan transisi yang pantas.

Ini boleh dilihat sebagaimana jaringan yang dilakukan Sadio Mane dan Mohamed Salah dimana mereka telah berjaya memperdaya pertahanan kiri Man City dengan mengunakan larian pantas mereka dan skill individu yang baik sekali. Keupayaan kedua-dua pemain ini telah berjaya memberi keyakinan kepada rakan-rakan yang lain untuk terus fokus dan mengikut segala perancangan yang telah di buat Klopp. Keadaan itu membuatkan pemain-pemain Man City agak tertekan pada separuh kedua terutamanya.

Dengan keputusan seri itu sudah cukup untuk peminat-peminat Liverpool berasa bangga kerana setakat ini hanya Liverpool sahaja belum lagi tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris itu. Klopp juga boleh merasa bangga dengan pemain-pemainnya seperti Mohamed Salah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang semalam dan pemaian berkelas dunia terutama pada jaringan kedua Liverpool semalam yang bertaraf dunia. Inilah saatnya untuk Liverpool terus bersaing dengan Chelsea untuk memburu kejuaraan liga musim ini.