KEDUDUKAN YANG BERUBAH

LL Apabila Gerrard menjaringkan gol pertama, keraiannya agak terhad. Kami berasa lega tapi ia dirasakan lebih sebagai sagu hati.

FM Saya menemui semula rakan saya dan apabila kami menjaringkan gol, dia melompat dan terjatuh lima baris ke depan. Ketingnya luka dan berlaku banyak pendarahan. Tapi keadaan berubah dengan sangat pantas hingga saya tidak ingat bila fikiran saya bertukar daripada “ia tidak akan jadi memalukan” kepada “kami sebenarnya masih berpeluang”.

OP Gerrard terus menaikkan semangat rakan-rakan sepasukannya. “Ia cuma satu gol – tak perlulah bimbang,” kami berkata sesama sendiri. Selepas gol kedua mereka, kami semua mula menuntut Carlo Ancelotti melakukan pertukaran. Kami semuanya pengurus pada waktu itu dan mahukan Crespo dikeluarkan dan seorang pemain tengah masuk menggantikannya.

MP Saya nampak penjaga garisan mengisyaratkan Milan Baros ofsaid tapi permainan diteruskan dan Smicer membuat jaringan untuk merapatkan kedudukan 3-2.

CH Bola sampai kepada Smicer. Semua penyokong Liverpool berpandangan: “Jangan rembat, Vladi” – tapi ia menerjah masuk. Tiba-tiba keyakinan kami kembali semula. Otak saya berasa bercelaru.

LL Sebelum gol kedua itu benar-benar meresapi, kami mendapat sepakan penalti. Gerrard sedang mengharungi musim yang buruk dalam penyempurnaan sepakan penalti, maka Xabi Alonso yang mengambilnya. Sambutan yang menyusul selepas itu benar-benar menggamatkan. Anda mencium orang yang tidak dikenali.

EC Apabila Alonso menjaringkan gol, saya berasa pasti yang kami akan tewas dalam 90 minit. Mana-mana pasukan yang dibolosi tiga gol dalam tempoh enam minit, lazimnya akan terus rebah. Ia seperti berada di bawah keretapi.

Ia suatu masalah mental. Saya berasakan yang sama pada 1973 apabila kami terlepas Scudetto dalam perlawanan terakhir musim di Verona tapi sekurang-kurangnya saya hanya mengikuti perlawanan menerusi radio ketika itu.

MR Apabila gol ketiga menerjah masuk, saya terlompat-lompat dan bersorak sepenuh hati. Lelaki di sebelah saya nampak benar-benar terganggu dan bertempik dalam bahasa Itali.

Rupa-rupanya dua lelaki pengawal pintu tadi adalah pengawal peribadi. Mereka segera datang mendapatkan saya dan mengiringi saya supaya beredar dari situ dan menyerahkan saya kepada
petugas Turki.

Saya bimbang akan diusir keluar tapi apa yang dikatakan mereka hanyalah: “Anda tidak boleh membuat tetamu penting kami berasa hati.” Rupa-rupanya tetamu penting itu adalah Silvio Berlusconi.

(BERSAMBUNG)