Tiga perlawanan yang berlangsung semalam adalah merupakan perlawanan ke 22 setiap pasukan dan terakhir bagi menutup tirai Liga Super 2018.

Semua sudah maklum Johor Darul Ta'zim menjuarai Liga Super tahun ini selain mencipta sejarah sebagai sebuah pasukan yang menjulang Liga Super 5 tahun berturut-turut serta mengumpul jumlah mata yang tertinggi dalam sejarah saingan Liga Super iaitu 59 mata.

Namun apa yang ingin dikongsikan oleh penulis kali ini adalah rumusan sepanjang kejohanan Liga Super tahun ini. Apa yang boleh diperkatakan saingan tahun ini begitu kompetetif dari semua pasukan tidak kira pasukan yang menduduki bawahan liga. Walaupun semua maklum pelbagai perkara setiap pasukan hadapi seperti Kelantan yang menghadapi masalah pengurusan dan beberapa kali pertukaran jurulatih namun pemain-pemain muda mereka masih lagi mampu memberi persembahan terbaik sehingga perlawanan terakhir semalam hingga Kelantan layak untuk bersaing dalam Piala Malaysia dimana piala yang punya sejarah tersendiri dalam bola sepak Malaysia walaupun pada tahun hadapan Kelantan turun ke Liga Premier.

Sementara pasukan-pasukan dipertengahan liga juga mampu memberi saingan yang mantap seperti Kedah dan Terengganu walaupun mereka menghadapi masalah kecederaan pemain utama. Tahniah kepada penganjur kejohanan Malaysia Fooball League (MFL) yang dapat menjalankan peranan dengan baik sehingga berjaya membawa penaja dalam Liga Malaysia dengan jayanya selain dapat membantu menjana pendapatan kepada pasukan melalui hak penyiaran.

Tetapi dari penyusunan jadual tahun ini agak tidak memuaskan pasukan kerana ia terlalu padat dan banyak pindaan berlaku kerana itu menyukarkan penyokong-penyokong untuk menyusun perjalan mereka terutama ke tempat lawan. Ini perlu diambil perhatian serious tahun hadapan oleh bahagian pertandingan MFL supaya tidak bertindih dengan kejohanan-kejohanan besar yang melibatkan kontijen negara seperti Sukan SEA di Filipina 2019 serta melibatkan pasukan Malaysia ketika mengikut kelender FIFA. Kerjasama MFL dengan FAM perlulah erat supaya ia tidak akan mendatangkan masalah kepada persiapan pasukan kebangsaan dalam menghadapai kejohanan-kejohanan yang telah ada dalam kelender AFF dan AFC. Penulis percaya orang-orang bijak pandai dalam MFL mampu mengatasinya.