Negara seperti Jepun dan Korea Selatan memang sudah sinonim dengan kualiti yang dijelmakan Liga K serta Liga J yang sudah menghasilkan beberapa pemain berkualiti ke peringkat Eropah.
Bagi pemangku setiausaha agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor John kini beberapa negara asia lain sudah mula memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti liga domestik masing-masing.
Sebagai usaha menyeluruh meningkatkan bola sepak asia, AFC pada awal tahun lalu memperkenalkan kaedah perlesenan kelab, dimana persatuan bola sepak negara anggota AFC mengeluarkan lesen tersebut tetapi badan induk asia itu yang menentukan, sama ada sesebuah pasukan itu layak mendapat lesen tersebut.
"Kaedah ini bukan saja membolehkan sesebuah pasukan atau kelab layak beraksi di Liga Juara-Juara AFC, tetapi meningkatkan tahap pengurusan ke arah lebih profesional seperti di Jepun dan Korea Selatan.
"Pengurusan yang cemerlang adalah elemen penting sebuah pasukan yang mantap di padang dan kemudian, membolehkan sesebuah negara memiliki kelab-kelab berkualiti serta liga kompetitf.
"Hasil liga kompetitif kemudian membantu sesebuah negara memiliki skuad kebangsaan yang ampuh," kata Windsor ketika ditemubual penulis untuk laporan Nadi Arena baru-baru ini.
Di rantau ASEAN, liga perdana Thailand adalah contoh terbaik kepada negara lain di rantau ini termasuk Malaysia.
Kelab seperti Chonburi, Muangthong United, Buriram dan juga Bec Terro Sasanna kerap beraksi di Liga Juara-Juara AFC serta mempunyai prasarana dan pembangunan peringkat akar umbi yang cukup berkesan.
China turut memberi tumpuan terhadap kualiti Liga Super China (CSL) beberapa tahun lalu dan ia turut menjadi agenda nasional negara tersebut.
Hasilnya, kelab CSL, Guangzhou Evergrande muncul juara Liga Juara-juara AFC pada 2013 dan beberapa jurulatih dan pemain nama besar dari Eropah turut berkelana ke China kebelakangan ini.
Pengendali berpengalaman Itali, Marcelo Lippi dan Luis Felippe Scolari adalah antara pengendali bertaraf dunia yang pernah mengendalikan pasukan CSL.
Liga profesional di Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Arabian Gulf League (AGL) ketika ini adalah saingan kompetitif di rantau Asia Barat dengan kelab Al Ain muncul kelab paling berjaya dengan 12 kejuaraan liga.
Hasil penganjuran liga kompetitif, UAE kini memiliki skuad kebangsaan mantap dan turut menghasilkan pemain berbakat seperti Omar Abdulrahman yang sudah mula menarik perhatian beberapa kelab utama Eropah.
Malangnya di Malaysia, saingan Liga M tampak belum capai impak maksima kepada skuad kebangsaan berlandaskan keputusan kurang meyakinkan dalam saingan kelayakan Piala Dunia-Piala Asia tahun ini.
Kelab Johor Darul Takzim (JDT) juga adalah pasukan tunggal lulus syarat perlesenan kelab yang ditekankan AFC.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga syarikat yang ditubuhkan untuk mentadbir Liga M musim depan, Usahasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) perlu memberi tekanan kepada syarikat perlesenan kelab bagi memastikan saingan liga yang kompetiitf dan profesional.
Penulis berharap, akan timbul kesedaran pada setiap ahli gabungan negeri FAM untuk segera memperbaiki pengurusan pasukan masing-masing ke arah profesional yang ditekankan AFC dalam usaha kita memantapkan kembali liga dan skuad kebangsaan kita.
Fadzrie Hazis
Sun Oct 25 2015


McCullum uninterested by England rotation as he suggests Anderson and Broad can play together
England host New Zealand in a three-Test series, starting in June, with James Anderson and Stuart Broad likely to return.

Goretzka: Germany not setting World Cup targets ahead of Nations League tests
Leon Goretzka has featured in two disappointing tournaments for Germany, and says Hansi Flick's team have yet to set any World Cup targets.

Champions League final: Camavinga and Rodrygo, the wildcard exceptions to Ancelotti's rotation reticence
They may not start the Champions League final, but Eduardo Camavinga and Rodrygo have shown they do not need long to impact a game.

Mane reveals Man Utd transfer was 'all agreed' before 2016 Liverpool move
Ahead of Saturday's Champions League final, Liverpool's Sadio Mane spoke of how he rejected Manchester United to join the Reds in 2016.

McCullum aware England appointment a 'big risk' but hopes to transform red-ball cricket
England may have gambled on a seemingly inexperienced Brendon McCullum, but he is confident he can transform the nation's Test fortunes.

Champions League final: Will Paris showpiece also be shootout for Ballon d'Or?
The ultimate silverware in European club football is on the line in Paris, but could the game also decide where the Ballon d'Or is headed?

Kane pinpoints Tom Brady inspiration after early struggles at Tottenham
Tom Brady and Harry Kane forged an unlikely friendship, and the Tottenham forward has revealed how much he idolises the NFL star.

Kane targets breaking Rooney's England record in Qatar
World Cup glory is not the only thing on the mind of Harry Kane, who will aim to break Wayne Rooney's England scoring record in Qatar.

Benzema has taken on Ronaldo's role 'to perfection' – Kroos
Karim Benzema has had the best season of his career, with Toni Kroos convinced he has replaced Cristiano Ronaldo perfectly.

Diaz rejects favourites tag as Liverpool star prepares for 'dream' Madrid meeting
As Luis Diaz looks to fulfil his "dream" of winning the Champions League, he insisted Liverpool are not favourites to beat Real Madrid.