Hampir empat tahun Pep Guardiola berkelana di Manchester City, pelbagai kejuaraan yang dimiliki oleh jurulatih dari Catalonia itu tetapi hanya satu lagi sahaja yang belum dicapainya iaitu Piala Juara-
Juara Eropah.

Ini merupakan misi untama Pep Guardiola apabila beliau menyambung khidmatnya bersama Man City untuk jangka masa dua tahun lagi. Inilah harapan dan keinginan yang dinanti-nantikan penyokong-penyokong Man City kerana mereka percaya bahawa Pep Guardiola mampu untuk melaksanakan impian mereka itu.




Bukan satu tugas yang mudah untuk Pep Guardiola namun dengan reputasi yang dimiliki beliau diperingkat Eropah tidak mustahil untuk membawa Man City menjulang Piala Juara-juara Eropah musim baru ini kerana sudah beberapa tahun mencuba tetapi masih tidak berjaya.

Namun, itu bukan penghalang untuk Pep Guardiola kerana kita semua tahu Pep Guardiola adalah merupakan seorang jurulatih yang mempunyai falsafahnya tersendiri dan sentiasa berfikir kehadapan untuk kemajuan pasukan dan sentiasa berkarisma. Lihat sahaja perwatakan Pep Guardiola ditepi padang setiap kali perlawanan akan sentiasa berkomunikasi dan memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemainnya selain memastikan segala strategi yang diterapkan dapat dilaksanakan.

Apa yang diperlukan Pep Guardiola ketika ini didalam pasukannya ialah seorang role model dan ketua pasukan yang boleh membantu beliau didalam padang dan juga mampu menggekalkan keharmonian didalam pasukan.


Mengendalikan sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain-pemain ternama bukan satu tugas yang mudah, sebaliknya ia merupakan satu cabaran kepada Pep Guadiola kerana beliau perlu sentiasa berfikir untuk merencana dan merancang strategi yang sesuai untuk setiap perlawanan supaya dapat menggunakan semua pemain-pemain yang dimilikinya.

Sekiranya kehadiran bintang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi, menjadi realiti sebagaimana yang digembar-gemburkan media barat, sudah pasti akan menyelesaikan masalah yang dihadapi Pep Guardiola itu kerana Messi merupakan seorang pemain yang berpengaruh di dalam dan di luar padang selain berkemungkinan dapat merealisasikan impian penyokong-penyokong Man City untuk melihat pasukan kesayangan mereka itu mendakap piala di peringkat Eropah.