Hendak atau tidak jasa Tun Mahathir dalam pembentukan awal kejohanan ini harus diberikan kredit. Tahun demi tahun LTdL telah melalui zaman yang cukup mencabar. Berpindah tangan penganjurannya dari satu pihak ke satu pihak. Nak anjur LTdL bukan boleh ambil mudah.Bukan macam masak nak dicuba cubanya..

Penganjuran merangkumi aspek penuh profesionalisma penuh etika.Bukan anjur dek nak dapat nama. Kena anjur dengan jiwa kerna ini projek negara. Pihak swasta,PKBM mahupun MSN sudah punya pengalaman dalam berdepan dengan LTdL. Ada sampai beberapa individu bermasam muka.Ada juga guna LTdL raih populariti individu. Semua ini berlaku dalam LTdL.

Buat syarikat syarikat swasta yang rasa minat dalam LTdL jangan mudah mendabik dada sebelum bermula. Jangan mudah berbangga dengan sejarah lampau. Janji? Kadangakala tinggal janji.Berdasarkan 8 tahun pengalaman penulis bersama LTdL,jiwa,hati dan semangat kekeluargaan adalah elemen penting dalam penganjuran.

Jadi selepas Menteri Belia dan Sukan beri peluang kepada satu syarikat pada edisi ke 19 kita sudah punya jawapan pada persoalan sedia atau tidak sebenarnya penswastaan LTdL.

19 tahun LTdL berada dihati rakyat Malaysia.Apa yang kita harapkan penganjuran pada tahun depan akan kembali membawa kepada populariti LTdL sebenarnya. Kepada syarikat swasta mahupun individu yang sudah pasang angan angan mahu jadi penganjur.. Cermin sebaik mungkin,kaji sedalam dalamnya dan muhasabah diri.Jika semua berada dalam kondisi baik teruskan jika sebaliknya jangan cuba berdepan gelora yang sedang menanti.

Buat YB Khairy Jamaludin penulis mohon agar pertahankan dan bina semula imej sebenar kejohanan kerana LTdL adalah segala galanya buat kita rakyat Malaysia.

Malaysia Boleh!