Lewis Hamilton hilang kedudukan gelaran dunia apabila terpaksa menarik diri daripada saingan Formula Satu Grand Prix Austria sementara pemandu Red Bull Max Verstappen dengan tidak disangka-sangka menjuarai saingan kali ini.

Hamilton terpaksa menarik diri daripada perlumbaan apabila berbaki lagi lapan pusingan akibat hilang tekanan minyak . Ia juga berpunca akibat kesilapan dari segi strategi perlumbaan pasukan Mercedes dan juga masalah tayar yang dihadapi.

Dengan itu pencabar terdekat, Sebastian Vettel, mengambil alih kedudukan juara setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan meletakkan Vettel satu mata di hadapan Hamilton.

Sementara itu, Verstappen dilihat benar layak mendahului untuk perlumbaan kali ini menerusi cara pemanduan yang begitu konsisten dan pengawalan jentera yang cantik.

Perlumbaan Grand Prix British akan mengambil alih minggu hadapan dan dijangka pasukan Mercedes akan mendominasi perlumbaan tersebut memandangkan keadaan litar yang selekohnya yang bersesuaian dengan jentera Mercedes.

Namun, apa yang berlaku dalam perlumbaan Austria membuktikan apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.