Menewaskan Fulham di Stadium Craven Cottage sudah tentu melegakan pengendali Chelsea, Frank Lampard kerana itulah yang di cari Lampard untuk menenangkan dirinya dari tekanan media apabila kedudukan Chelsea semakin terkeluar dari persaingan perebutan kedudukan teratas liga.

Dengan kemenangan itu juga pasti akan melegakan penyokong-penyokong Chelsea tentang masa depan lagenda Chelsea itu di Chelsea. Dimana semua pencinta bola sepak tahu pemilik Chelsea, Roman Abramovich akan membuat satu keputusan pemecatan yang drastik kepada pengurus pasukannya sekira kedudukan kelab miliknya itu tidak menentu.

Ini telah dilakukan Abramovich beberapa kali dalam sejarah pemecatan pengurus Chelsea walaupun mempunyai nama besar dan kejayaan bersama kelab seperti Jose Mourinho. Namun itu hanya khayalan minda sahaja kerana setakat ini tidak ada kenyataan dan tindakan yang di ambil Abramovic terhadap Lampard. Dengan kedudukan itu ia memberi peluang untuk Lampard terus memperbaiki kelemahan yang ada dan memperkukuhkan kekuatan dirinya untuk terus mengemudi Chelsea. Lihat sahaja bagaimana karektor Lampard walaupun berhadapan dengan tekanan dengan kemelut prestasi pasukan kendaliannya tetapi beliau tetap tenang menghadapinya.

Itulah sikap bekas ketua pasukan Chelsea dimana beliau menggunakan pengalaman sebagai ketua pasukan Chelsea suatu ketika dulu untuk mengawal setuasi yang dialaminya ketika ini. Itu merupakan pengalaman yang berguna untuk Lampard apabila menghadapi setuasi ini kerana inilah kelab kedua yang diuruskannya setelah bersara sebagai pemain. Dengan kekuatan karektor yang ada pada dirinya itu tidak mustahil Lampard akan terus mendapat sokongan dan kejersama daripada pemain-pemainnya untuk memastikan Chelsea terus berada pada kelompok teratas liga agar Chelsea tidak terkeluar dari saingan di peringkat Eropah.

Apa yang dilalui Lampard ini sebenarnya boleh dijadikan satu panduan kepada jurulatih-jurulatih muda tempatan bagaimana untuk mengawal emosi diri dan emosi pemain-pemain supaya terus fokus. Bukan mudah sebagai pengurus muda yang dipertanggujawabkan untuk menggendalikan sebuah pasukan yang besar dan tinggi kemahuan pemiliknya namun setuasi begitu Frank Lampard begitu tenang menaganinya.