Sorry sedikit belated! Walaupun hari ini sudah 17 September rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara.

Kenapa ucapan ini sedikit lambat berbanding dengan orang lain? Simply because kami yang terlibat dengan Kem Bola 2016 sibuk dengan Kem Lanjutan yang sudah pun berlangsung di Kuala Lumpur sepanjang minggu ini.

Ketika sibuk melihat kerenah budak-budak yang disenarai pendekkan untuk menjalani latihan lanjutan di KLFA minggu ini, saya rasa sangat bersyukur melihat anak muda yang berbilang bangsa, agama dan dari latar belakang yang berbeza - bermain bola sepak, as a team.

Tiada isitilah Melayu, Cina, India dan sebagainya buat mereka apabila bermain bola sepak.

Itu yang membuat saya terfikir....we cannot deny that sports brings all of us together.

Kita berbeza... Ya memang dari pelbagai sudut kita punya perbezaan...tapi apa yang membuat kita bergabung sebagai satu unit? Apa yang membuat kita rasa, kita sebenarnya sama?

When we are on the same team. When we are after the same glory.

Get what I mean?

Banyak cara yang menunjukkan betapa bersatu padunya rakyat Malaysia, tidak kira lah menerusi makanan ataupun sambutan perayaan dan sebagainya.

But nothing can ever be compared to sports.

Nak sokong Datuk Lee Chong Wei di final?

Satu Malaysia sanggup tunggu di hadapan televisyen.

Bila negara luar memuja Datuk Nicol David...