Kejohanan Liga Peringkat Umur Bawah 19 tahun ini, sebanyak 36 pasukan akan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada Divisyen 1 dan Divisyen 2.

Tahun 2016 ini juga telah melakar sejarah baru bagi Liga Hoki Remaja Malaysia dimana paling banyak penyertaan pasukan sejak Liga ini di wujudkan.

10 pasukan akan berentap dalam Divisyen 1 manakala 26 pasukan lain berentap di Divisyen 2 yang di bahagikan kepada 3 Kumpulan.

Jika dilihat kebanyakkannya adalah pasukan pasukan Sekolah yang mengambil bahagian dan ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dalam menyediakan pentas buat pemain pemain ini terus berlatih dan bertanding.

Format kejohanan antara Sekolah di Negeri sememangnya tidak dapat memberikan anjakkan peningkatan prestasi yang diharapkan terutamanya kepada Sekolah Sukan Negeri. Ini kerana tempoh Kejohanan yang begitu singkat.

Apa yang menariknya setiap kali Liga Hoki Remaja Malaysia berlangsung seramai 720 pemain bawah 19 tahun akan beraksi.

Permata Permata yang belum di gilap dan berpotensi akan beraksi di pentas ini.

Bagi saya inilah medan terbaik buat Konfederasi Hoki Malaysia menerusi jurulatih jurulatih peringkat umur Negara untuk turun padang dan melihat bakat bakat ini untuk memastikan jika ada tidak terlepas pandang.

Jika dilihat sebelum ini pemain pemain yang dipilih untuk Pasukan Remaja Negara banyak tertumpu kepada Sekolah Sekolah Sukan Negara dan beberapa Pasukan di Divisyen 1 sahaja. Pasukan Pasukan seperti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan UNIKL Young Guns.

Boleh dikatakan 80% pemain untuk Pasukan Remaja Malaysia datangnya dari Pasukan Pasukan ini tetapi yang menjadi cabaran kepada jurulatih jurulatih adalah lagi 20% yang mungkin ada di Pasukan Pasukan lain di Divisyen 1 dan yang paling penting di Divisyen 2 yang mempunyai 26 Pasukan termasuk buat pertama kalinya sertai LHRM iaitu Sekolah Sukan Sabah. Mungkin ada lagi permata dari Sabah seperti Maxhan Christie dan Khaliq Hamirin untuk di ketengahkan.

Akhir kata kuantiti sudah ada tetapi jangan kita lepaskan kualiti yang ada di TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2016.

Selamat Maju Jaya kepada semua pasukan!