Kegagalan Terengganu mencipta kemenangan ketika perlawanan terakhir Liga Premier 2017 memberi ruang kepada Kuala Lumpur untuk muncul juara Liga Premier 2017 walaupun Kuala Lumpur tewas kepada Johor Darul Ta'zim II pada perlawanan terakhir. Persaingan yang begitu sengit diantara kedua-kedua pasukan itu sehingga ditentukan pada perlawanan terakhir.

Sudah pasti ia mengembirakan pengurusan Kuala Lumpur FA atas kejayaan ini dimana mereka sudah menunggu selama lima tahun untuk menjuarai Liga Premier dan kembali ke kancah liga utama iaitu Liga Super. Penulis perlu memberikan kredit kepada pengurusan tertinggi KLFA yang bertungkus lumus untuk memastikan Kuala Lumpur berada pada tahap terbaik walaupun mereka menghadapai pelbagai cabaran.

Apa yang pasti walaupun dengan budget kurang namun pengurusan tertinggi KLFA mampu membawa masuk jurulatih dan pemain-pemain yang berjaya memberi persembahan yang konsisten dan berkeyakinan tinggi serta semangat berpasukan yang jitu. Semua peminat-peminat Kuala Lumpur tahu sebelum ini pelbagai isu-isu negatif yang membabitkan pasukan Kuala Lumpur ini terutamanya gegala rasuah namun ia tidak mematahkan semangat Presiden KLFA iaotu Dato Sri Adnan untuk membuat yang terbaik.

Walaupun musim lalu pengurusan tertinggi KLFA membawa masuk jurulatih tempatan yang berwibawa iaitu Ismail Zakaria namun nasib tidak menyebelahi Kuala Lumpur. Tetapi tahun ini agak berbeza, dengan kemasukan Fabio Magrao dari Brasil agak berbeza. Mempunyai karektor yang begitu tegas dan bijak mengawal pemikiran pemain dengan sikap beliau yang mesra dengan pemain menggunakan sistem psikologi.

Dengan sikap mesra pemain itu yang menyebabkan pemain begitu serasi dan boleh mengikut tunjuk ajar serta mampu mengekalkan semangat berpasukan yang tinggi. Kepada pemain-pemain Kuala Lumpur pula ambil lah kejayaan ini sebagai pemangkin untuk terus maju dalam mengharungi saingan Liga Super pada tahun hadapan. Tahniah penulis ingin ucapkan kepada pasukan Kuala Lumpur yang berjaya menjulang nama Kuala Lumpur kembali, semoga Kuala Lumpur terus bangkit sebagaimana era 80an dan 90an.