Selepas mencipta kemenangan di tempat lawan ketika berhadapan Pahang minggu lalu sudah pastinya Johor Darul Ta’zim tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mengekalkan momentum kemenangan di laman sendiri apabila berhadapan dengan pasukan Perak esok di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Untuk memastikan kemenangan berterusan di stadium baru JDT itu pelbagai persiapan yang dilakukan oleh pengurusan Johor Southern Tigers sebelum sepak mula untuk memastikan semangat pemain-pemain JDT terus membara. Bukan mudah untuk mengekalkan kemenangan apatah lagi berhadapan dengan Perak yang masih terluka selepas tewas kepada Melaka selain ingin mencipta rekod baru di Stadium Sultan Ibrahim sebagai gelanggang keramat JDT.

Semua sudah maklum akibat dari pandemik COVID-19 itu semua perlawanan Liga Malaysia dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penyokong dan itulah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Malaysia Football League (MFL). Untuk memastikan perlawanan sentiasa nampak meriah dan gamat. Pelbagai inisiatif yang dilakukan setiap pasukan termasuklah dengan pengurusan JST, dimana pelbagai kain rentang diletakkan didalam Stadium Sultan Ibrahim dengan kata-kata semangat seperti “Luaskan Kuasamu” bagi menampakkan stadium itu bagaikan penuh dibanjiri penyokong merah biru.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan perlawanan itu kekal sepanjang sembilan puluh minit satu tindakkan berani dan kreatif dilakukan oleh JST apabila sentiasa berkeloberasi dengan Boys of Straits (B.O.S). untuk memastikan suara laungan keramat dan chant daripada B.O.S sentiasa bergema semasa perlawanan berlangsung. Dimana chant B.O.S dirakamkan di studio dan semua nyayian ahli komrad B.O.S seperti Ayuh Johor,Luaskan kuasamu Johor,Setia Bersama Johor dan Dari Fujayama Ke Johor akan dimainkan sepanjang perlawanan mengunakan sistem audio yang canggih di Stadium Sultan Ibrahim.

Sudah tentulah dengan adanya laungan keramat dan chant daripada audio B.O.S itu akan menaikan lagi semangat pemain-pemain JDT dan akan mengerunkan pihak lawan. Apa yang dilakukan JST dan B.O.S ini satu contoh terbaik dalam membantu pihak MFL memeriahkan industri bola sepak negara. Ini yang diinginkan oleh semua pemeggang taruh terutama pemilik JDT sendiri Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Tetapi yang lebih penting bagi penulis suara komrad B.O.S bikin Stadium Sultan Ibrahim meriah.