Masalah pengurusan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebelum ini gagal mainkan peranan berkesan dalam menarik banyak penaja berpotensi bukan satu lagi rahsia yang menyebabkan kantung persatuan sentiasa kering.
Berikutan tiada sumber kewangan kukuh, isu gaji tertunggak pada setiap musim cukup sinonim dengan Kuala Lumpur dan paling mengecewakan, gejala mengatur perlawanan pada musim 2013 yang menyebabkan lima pemain digantung seumur hidup dan 17 lagi pemain didenda sebanyak RM5,000.
Namun, pada musim 2016, pengurusan KLFA di bawah Presiden, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan, kelihatan `diam-diam ubi berisi' dalam lakukan gerak kerja membina sebuah skuad yang mantap selain menjana sumber kewangan.
Sebaik sahaja dapat tahu Ismail Zakaria bakal bimbing skuad warga kota ini, penulis sudah bayangkan mereka benar-benar serius bagi hadapi saingan Liga Perdana 2016.
Nama Ismail sendiri sudah cukup berpengaruh dalam kalangan pemain dan bukan sesuatu mengejutkan bila beberapa pemain berpengalaman seperti Helmi Remeli, Azlan Zainal, Rasyid Aya, Badrulzaman Abdul Halim, Halim Zainal dan A. Thamil Arasu berani mengembangkan karier mereka bersama The Hawk.
Selain membawa bekas pemain import Terengganu dan ATM, Mario Karlovic, Ismail mencipta adunan seimbang bila membawa masuk beberapa pemain skuad Piala Presiden Selangor secara pinjaman dan bekas pemain Harimau Muda.
Hanya dua pemain musim lalu dikekalkan iaitu Naufal Naim Tony Rosdin dan tonggak import, Modibo Konte, yang bermakna Kuala Lumpur berwajah baharu sepenuhnya pada 2016.
Melalui perbualan Ismail dengan penulis, keyakinannya membawa masuk pemain-pemain yang ada nama ini ialah kerana komitmen ditunjukkan Adnan yang merangkap Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dalam mendapatkan penaja.
Difahamkan, hampir 20 penaja telah bersetuju membuat pelaburan dalam menaikkan imej Kuala Lumpur untuk kembali disegani seperti mana dikecapi pada era 90-an.
Fakta tersebut jelas cukup mengagumkan dan sekiranya semua penaja mampu beri komitmen tanpa sebarang kelewatan pembayaran, Kuala Lumpur bersihkan imej mereka yang sebelum ini jadi bahan ketawa penyokong-penyokong negeri lain.
Mungkin satu cabaran tersendiri buat Ismail dalam membentuk keserasian sesama pemain dalam tempoh kurang dua bulan tetapi pengalamannya membawa Sime Darby muncul antara disegani, tidak boleh dipandang sepi.
Dalam masa sama, KLFA perlu pantas selesaikan kemelut stadium yang akan jadi gelanggang tuan rumah dan kemungkinan Stadium Merdeka atau Stadium Selayang jadi pilihan utama gara-gara Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur masih ditutup sehingga kini.
Perkhabaran PKNS beraksi di Stadium Hang Jebat mungkin beri kelegaan kepada Kuala Lumpur yang membuka ruang kepada mereka beraksi di Selayang yang dijangka turut jadi pilihan Sime Darby.
Penyokong setia Kuala Lumpur sudah tentu mengharapkan gelanggang di sekitar Lembah Klang jadi pilihan KLFA bagi memudahkan mereka turun beri sokongan.
Semoga skuad Kuala Lumpur akan terus gemilang selepas ini dan apa yang berlaku bukan sekadar suam-suam kuku...
Dayne Azmin
Wed Dec 30 2015


Naomi Osaka and Emma Raducanu both fall in opening round of the Canadian Open
Coco Gauff looked stylish on the way to her opening win, while Naomi Osaka was forced to retire while down a set due to a back injury.

Kyrgios, Norrie and Fritz advance through opening round of the Canadian Open
Some big names advanced to the second round, while Andy Murray, Matteo Berrettini and hometown hero Denis Shapovalov were not so lucky.

Judge denies LIV Golf signees entry into the FedEx Cup
A judge ruled on Tuesday that LIV Golf signees had no right to play in the FedEx Cup after accepting their lucrative contracts.

Boult granted release from New Zealand Cricket contract
At 33 years old, Black Caps quick Trent Boult has decided his days of travelling the world for international cricket are just about over.

Van Bronckhorst ecstatic as Rangers comeback keeps Champions League qualification dream alive
Rangers will meet Ruud van Nistelrooy's PSV in the Champions League qualification play-offs after another memorable game at Ibrox.

Glasner stresses need for 'special' Frankfurt defence against Benzema-inspired Madrid
Eintracht Frankfurt were thrashed 6-1 by Bayern Munich on Saturday, and Oliver Glasner knows that defensive performance cannot be repeated.

Marseille confirm deal 'in principle' to sign Alexis Sanchez
Alexis Sanchez is on his way to Marseille after his Inter contract was terminated on Monday.

Evergreen Modric sees no reason why Qatar World Cup should affect Madrid game time
Luka Modric will turn 37 in September, but Real Madrid's mercurial midfielder is seeing no reason why he should start slowing down.

Ten Hag can succeed at Man Utd but only if afforded time – Litmanen
Jari Litmanen has backed former Ajax coach Erik ten Hag to turn things around at Man Utd, despite a far from ideal start.

England's 'inspirational' win at 'amazing' Women's Euros evidence of development, says Finland great Kalmari
Laura Kalmari believes England's successful European Championship represented a significant development for the women's game.