Pemain tengah Dele Alli menandatangani kontrak barunya bersama Tottenham Hotspur sehingga tahun 2024. Pemain muda berusia 22 tahun itu menyertai Spurs pada tahun 2015 setelah berhijrah dari pasukan MK Dons dengan nilai 5 juta pound. Setakat ini, Dele Alli telah menyumbang 48 jaringan menerusi 153 perlawanan.

Bagi musim ini sahaja, Dele Alli telah beraksi dalam 6 perlawanan Liga perdana Inggeris termasuk kekalahan terhadap Manchester City dua hari lalu namun sebarang gol masih belum berhasil menerusi beliau.

Dalam laman media sosial, beliau ada menyatakan tentang kecintaan beliau bersama pasukan Spurs dan menantikan masa depan lebih baik bersama pasukan itu.

Beliau mengikut jejak langkah Harry Kane, Harry Winks, Son Heung-Min dan Erik Lamela bagi menandatangani kontrak yang panjang.

Dalam pertemuan bersama City Selasa lalu, Dele Alli masuk sebagai pemain gantian setelah sekian lama tidak beraksi akibat kecederaan hamstring dan kali terakhir adalah ketika beraksi dalam Piala Liga menewaskan pasukan Watford.

Dan kini Spurs berada di kedudukan ke 5 tangga liga setelah tewas 1-0 kepada Manchester City.