Bila tiba waktu Piala Dunia, Ini senario yang akan dilalui penyokong England seperti saya.

Orang: Kenapa England.

Ahmed: Mengapa Tidak?

Orang: Kenapa tak Jerman,Sepanyol, Perancis atau Brazil?

Ahmed: Jujur cakap Bro, pasukan lain tak kena dengan jiwa, dah lebih dekat dengan bola sepak Inggeris nak buat macam mana.

Orang:Bukan "best" pun England main.

Ahmed: Sokong bukan sebab "best" main, England ni dia ada cabaran dia sendiri, tunggu nak atasi belenggu je ni.

Orang: Tak sakit ke seksa diri macam ni.

Ahmed: Sakit tapi sedap, macam tengok Malaysia, apa "feel" dia masa menang AFF 2010 dulu?

Orang: Okay la, atas padang boleh ke England ni bagi saingan?

Ahmed: Apa pulak tak boleh, bergantung kepada taktikal Gareth Southgate dan bakat seperti Kapten, Harry Kane untuk melaksanakannya di medan pertarungan

Ahmed: Kejap, tak habis cakap lagi, England kali ini nampak segar dengan bakat seperti Marcus Rashford dan Jesse Lingard, (Ya Penyokong Manchester United, ada masalah ke?)

Orang: Eh marah ke?

Ahmed: Tak marah, ghairah ni nak tengok England julang Piala Dunia.

Orang: Boleh jadi delusi ni.....

Ahmed: Mungkin juga, tetapi ini realiti yang saya pilih.

Tetapi kuisan bicara yang saya paling suka adalah seperti berikut.

HAJEEZAR (BUKAN NAMA SEBENAR): Kesian Kwn2 yg bakal nangis awal ni....

Ahmed: Kami menangis bukan kerana kalah, tetapi bila menang, itu lebih berbisa.

Sebagai penutup kata.

England akan jadi juara kumpulan G, singkirkan Jerman di suku akhir dan seterusnya biarkan takdir jadi penentu segala.

#comeonyouthreelions.