Ketika sesebuah pasukan mencipta kemenangan, ia merupakan perkara normal untuk melihat serta menjangkakan mereka bakal muncul juara -- terutama pasukan seperti Brazil.

Selepas meraih kemenangan ke atas Mexico, ia melonjakkan peluang mereka untuk melakar kejayaan buat kali keenam menjulang Piala Dunia.

Di sebalik permulaan kurang menarik daripada Brazil serta terpaksa menyerap tekanan yang dipamerkan oleh Mexico, ia membuktika bahawa kekuatan mental menjadi kunci skuad kendalian Tite itu.

Tiga pasukan gergasi telahpun meninggalkan Piala Dunia. Terdapat kemungkinan Brazil akan dikejutkan oleh Mexico selepas mereka mampu melakukannya ke atas Jerman dalam aksi pembukaan.

Tetapi, mereka meraih kemenangan dan menampilkan perwatakan sebagai pemenang. Mengatasi halangan demi halangan dan menewaskan Mexico, sekali gus mara ke pusingan suku akhir.

Dengan berbaki tiga perlawanan sebelum menjulang trofi, terdapat lima sebab Brazil akan muncul juara dunia tahun ini.

Pertahanan ampuh

Menyerang pastikan kemenangan tetapi bertahan memastikan kejuaraan. Dalam edisi 2010, Sepanyol hanya bolos dua gol dalam tujuh perlawanan sementara Jerman bolos empat kali dalam kempen Piala Dunia 2014.

Pada 2006, Itali hanya dibolosi dua gol dan ia diasaskan oleh pertahanan yang berkualiti. Setakat ini, Brazil hanya bolos sekali dan ia hadir dalam perlawanan pertama berdepan Switzerland.

Thiago Silva dan Miranda mempamerkan aksi berkualiti sebagai pertahanan tengah sementara Fagner bertindak lebih cemerlang sebagai bek kanan untuk Brazil berbanding Danilo. Marcelo terlepas perlawanan berdepan Mexico tetapi tidak mengecewakan ketika turun beraksi.

Walaupun meninggalkan posisinya untuk menyerang, Casemiro mengambil peranan untuk menutup ruang dan ketika Marcelo tidak berdepan Mexico, Felipe Luis mengisi kekosongan dan memainkan peranan dengan cemerlang.

Kekuatan barisan pemain gantian

Terdapat ramai pemain yang mampu mencetak kemenangan buat Brazil yang tidak berada dalam kesebelasan utama. Mereka memiliki barisan pemain yang mampu mencipta impak ketika menyerang atau bertahan.

Penjaga gol kedua Brazil merupakan penjaga gol termahal dalam sejarah bola sepak: Ederson. Pemain Manchester City itu membantu pasukan Pep Guardiola menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara itu, penyerang Liverpool, Roberto Firmino, tidak mendapat tempat dalam skuad utama dengan kehadiran pemain seperti Gabriel Jesus. Firmino juga mampu menghasilkan kemenangan walaupun hadir sebagai pemain gantian --Marquinhos, Douglas Costa, Fernandinho dan ramai lagi.

Rata-rata pemain berada di kemuncak prestasi

Hampir kesemua pemain dalam skuad Brazil berada di tahap terbaik. Neymar berusia 22 tahun dalam edisi Piala Dunia yang lalu dan kali ini dia berusia 26 tahun.

Thiago Silva dan Miranda yang berusia 33 tahun menggunakan pengalaman mereka bagi memastikan gawang tidak dibolosi.

Di bahagian serangan, Coutinho berusia 26 tahun sementara Willian pada usia 29 tahun.

Satu-satunya pemain yang kurang pengalaman adalah Gabriel Jesus (21 tahun) tetapi 95 peratus pasukan berada di tahap terbaik.

Tanggungjawab di tangan setiap pemain

Oleh kerana setiap pemain menikmati tahun-tahun terbaik, mereka memegang satu amanat besar untuk bermain dengan cemerlang bersama Brazil.

Dalam perlawanan pertama berdepan Switzerland, jaringan Coutinho memastikan Brazil meraih satu mata.

Coutinho sekali lagi tampil dengan aksi cemerlang ketika bertemu Costa Rica dan Serbia, ia merupakan Paulinho dan Thiago Silva yang menjaringkan gol melihat mereka mara ke pusingan kedua.

Dan dalam perlawanan dengan Mexico, giliran Willian mengambil kesempatan mempamerkan persembahan yang berkualiti untuk membawa Brazil mara ke pusingan suku akhir.

Pemain tengah bertahan bertaraf dunia

Aspek yang paling kurang diberikan keutamaan dalam bola sepak: pemain tengah bertahan. Setiap pasukan yang bagus, mereka memiliki seorang atau dua pemain yang menguasai posisi ini.

Pada 2002, Brazil mempunyai Edmilson yang menjadi perisai kepada barisan pertahanan. Gennaro Gattuso melakukan perkara yang sama untuk Itali pada 2006. Sergio Busquets dan Xabi Alonso menjadi tunjang La Roja sementara Jerman memiliki Sami Khedira dan Bastian Schweinsteiger.

Bagi Brazil, mereka sangat bertuah kerana hadirnya pemain seperti Casemiro. Pemain ini telah menjuarai tiga gelaran Liga Juara-Juara dan dia sering kali membantu pertahanan Los Blancos.

Berdepan Belgium dalam suku akhir menjadi satu cabaran yang sukar buat Brazil tetapi berdasarkan lima sebab yang telah diberikan, mereka masih lagi pilihan utama untuk bergelar juara dunia buat kali keenam.