Bila ditanya semua akan mengeluarkan pelbagai plan dan rangka kerja sama ada jangka panjang atau pun jangka pendek.Ada juga yang langsung tiada . Namun apabila isu ini timbul kita semua akan dipertontonkan dengan pelbagai drama mahupun skrip baru dari persatuan,kementerian dan pihak pihak terbabit.

Berbicara tentang kemudahan sukan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan saja yang dilihat pihak paling bertanggung jawab bagi meyediakan semua ini.

Segala galanya nak difikirkan.Nak dapatkan pingat,nak buat gelanggang,nak komen itu nak komen ini.Kadang kadang kesian jugak penulis tengok situasi ini.Kalau kita tengok penyediaan kawasan untuk bersukan di kawasan perumahan baru bukan satu kewajipan khususnya buat pemaju.Sudah tiba masanya kerajaan perlu mengerakkan kerjasama bersama beberapa kementerian yang terbabit untuk meletakkan beberapa syarat wajib yang harus dipandang serius oleh pemaju agar masalah padang dan kemudahan sukan dilihat kepentingannya.

Ahli ahli politik juga seharusnya peka dengan apa yang berlaku pada ketika ini.Jangan sibuk nak menjaga hal hal politik tapi kalau golongan belia mohon padang dan apa saja berkaitan sukan buat diam.Sebagai contoh ada juga beberapa Menteri yang dilihat begitu aktif dilaman sosial tapi kadang kala lebih gemar dan pantas menjawab bab dah hal politik.Penulis melalui senario tersebut sejurus selepas sesi belanjawan diumumkan penulis ada bertanya di twitter berhubung dengan kekurangan padang untuk bersukan pada Menteri yang terbabit dengan hal perumahan langsung tak diendah kan.Tapi beberapa minit selepas ditanya hal politik oleh individu lain pantas dijawab.

Kekurangan padang ini juga membawa kepada golongan belia ini mula mengalih ke perhatian ke sukan futsal.Perhatikan bagaimana gelanggang futsal begitu sibuk dan aktif menanti kehadiran golongan belia ini untuk bersukan. Jika difikirkan kembali apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Profesor Datuk Dr Khoo Kay Kim yang melahirkan kebimbangan dengan senario meyeluruh sukan negara baru baru ini.

Kesimpulan mudah,sudah tiba masanya masalah sukan dan pembanguna akar umbi seharusnya mencakupi kesemua elemen bagi memastikan cerita pembangunan akar umbi ini akan berjaya.