Final Piala Malaysia 2016 pada 30 Oktober lalu, adalah kali pertama penulis hadir di stadium sebagai peminat dan bukannya pengamal media sejak final edisi 1996 membabitkan Selangor dan Sabah yang dimenangi Gergasi Merah 5-4 menerusi penalti selepas kedudukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.
Selaku pemegang kad pengenalan bernombor "10", sudah pasti secara peribadi penulis ingin menyaksikan Selangor mempertahankan kejuaraan kali ini di bawah kendalian pemangku jurulatih K. Gunalan.
Apapun, selaku wartawan yang kerap membuat liputan skuad Kedah dalam saingan Liga M musim lalu, hati kecil penulis berdetik tahun ini mungkin bukan tahun Selangor.
Bagi penulis, barisan Kedah bimbingan Tan Cheng Hoe sudah menjelmakan kematangan berbanding ketika tewas 2-0 di tangan Selangor pada aksi final tahun lalu berlandaskan kemampuan mereka untuk menduduki tangga ketiga Liga Super musim ini.
Penulis turut tumpang gembira dengan kejayaan Cheng Hoe meraih kejuaraan Piala Malaysia pertamanya selaku seorang jurulatih yang membuktikan dia adalah antara pengendali tempatan terbaik dalam Liga M.
Bagi penulis, ada benarnya apa yang dikatakan bekas pengendali kebangsaan B Sathianathan, bahawa untuk seseorang jurulatih tempatan berjaya dia perlu menjadi penolong kepada seorang jurulatih berpengalaman.
Cheng Hoe pernah menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K Rajagobal ketika bersama skuad Bawah 20 tahun negara (2004- 2006), skuad bawah 23 tahun (2008-2009) dan skuad senior kebangsaan (2009-2013).
Cheng Hoe tampak berjaya membentuk barisan seimbang dengan gabungan pemain seperti Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon bersama awang import, Bang Sung Hwan, Liridon Krasniqi, Shane Smeltz dan Thiago Augusto.
Bekas pertahanan kebangsaan itu turut melakukan pertukaran taktikal bijak pada pertengahan babak kedua, apabila mengeluarkan Augusto dan memasukkan pemain tengah muda,Abdul Halim Shaari yang membolehkan Kedah lebih menguasai bahagian tengah.
Berbeza dengan pasukan lain, 90 peratus pemain yang membarisi Kedah musim ini terdiri daripada anak jati negeri itu walaupun sebahagian daripada mereka adalah bekas pemain Harimau Muda.
Penulis percaya, Lang Merah sudah pun mempunyai ramuan mencukupi untuk muncul pencabar utama kejuaraan Liga Super musim depan bersama Johor Darul Takzim (JDT).
Apa yang hanya perlu dipastikan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini adalah untuk memastikan barisan sedia ada mampu dikekalkan, kebajikan pemain terus terjaga dan barisan skuad Piala Presiden serta bawah 19 tahun sentiasa bersedia menghasilkan produk berkualiti untuk diserap ke skuad utama.
Jika ini dapat dilakukan, penulis percaya ini adalah detik Cheng Hoe selaku pengendali barisan Kedah yang bakal mendominasi saingan Liga M untuk tempoh beberapa musim seperti barisan skuad 2007 hingga 2008 bimbingan Azraai Khor Abdullah.
Malah, penulis percaya barisan Kedah kini mungkin berupaya menjadi lebih ampuh daripada barisan 2007-2008 kerana rata-rata 16 pemain dalam skuad kini masih di bawah umur 25 tahun.
Fadzrie Hazis
Sun Nov 06 2016


Simeone: This season a 'wake-up call' for Atletico Madrid
Atletico Madrid ended their LaLiga season with a 2-1 win away to Real Sociedad on Sunday, finishing ahead of Sevilla in third place.

US PGA Championship: Mito Pereira says he felt the pressure during 18th-hole collapse
Chile's Mito Pereira said he could not think straight as he tried to seal his debut PGA Tour win at the US PGA Championship.

US PGA Championship: Two-time champion Justin Thomas breaks down 'very special' and 'bizarre' final round
Justin Thomas admitted he did not look at the scoreboard on Sunday after coming in eight strokes off the lead, before winning in a playoff.

Xavi: Barcelona must be 'humble' to improve in off-season
Barcelona have finished the season 13 points off Real Madrid in LaLiga and without a trophy after Sunday's 2-0 loss at home to Villarreal.

US PGA Championship: Justin Thomas wins after playoff against Will Zalatoris
Justin Thomas trailed Mito Pereira by eight strokes heading into Sunday's final round, but he left with his second Wanamaker Trophy.

Zlatan Ibrahimovic dedicates Milan's Scudetto to Raiola as Swedish star defies doubters
Zlatan Ibrahimovic's long-time agent Mino Raiola died last month, and the striker found it poignant to be celebrating a title without him.

Cagliari suffer Serie A relegation as Salernitana survive for first time despite Udinese thrashing
Salernitana escaped dropping down to Serie B despite a comprehensive defeat against Udinese, as Cagliari were relegated on Sunday.

Neville and Keane left furious after spate of pitch-invasion violence
Gary Neville and Roy Keane were left furious after Manchester City fans invaded the pitch at full time, with some attacking Robin Olsen.

Outrageous rabona strike among five for Balotelli in historic final-day display
Mario Balotelli boosted his seasonal Super Lig total on the final day with five against Goztepe, a first for an Adana Demirspor player.

Ten Hag straight down to work at Man Utd as club confirm Monday unveiling
Erik ten Hag watched Manchester United's dismal season end with defeat to Crystal Palace, and he will face the media on Monday.