Melihat Syafiq Ahmad terhincut-hincut ketika permainan baru bermula membabitkan pertemuan menentang Timor Leste, Jun lalu, terdetik di hati ini pemain serba boleh kelahiran Sungai Ara, Pulau Pinang itu pasti akan bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaiknya.
Menguatkan lagi rasa itu apabila media tempatan melaporkan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman itu disahkan mengalami kecederaan ligamen lutut (MCL) yang menyebabkannya berehat beberapa minggu sebelum boleh beraksi semula.
Namun, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tampak berjaya pulih dengan kadar segera setelah mendapat sentuhan istimewa pakar perubatan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Juan Manuel Boffa.
Selepas terlepas satu perlawanan iaitu aksi kedua play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bertemu Timor Leste, Syafiq kembali memperkuatkan pasukan negara dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan, 30 Ogos lalu.
Dalam perlawanan itu, dia sekadar bertindak sebagai pemain gantian, namun tetap berjaya menyerlahkan kemampuannya di atas padang.
Syafiq kemudian mendapat tempat dalam kesebelasan utama untuk perlawanan berdepan Indonesia bagi aksi pertama kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, September lalu.
Dia berjaya menghasilkan satu gol dalam perlawanan itu, sebelum sekali lagi cemerlang meraih jaringan dalam aksi kedua kumpulan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi jaringan tunggal Harimau Malaya.
Rupanya, sentuhan berbisa Syafiq tidak terhenti setakat itu sahaja sebaliknya berterusan dalam kancah Piala Malaysia bersama JDT sebelum kemuncaknya dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Sri Lanka, semalam.
Syafiq meledak hatrik dengan dua daripada tiga gol yang dihasilkannya cukup berkualiti tinggi, setaraf dengan jaringan pemain handalan dunia selain mencipta dua hantaran gol untuk membantu kemenangan besar 6-0 ke atas lawan.
Meskipun aksi menentang Sri Lanka tidak boleh dijadikan sebagai ukuran tetapi saya bersetuju dengan pandangan pemain itu bahawa prestasi yang ditunjukkan kini adalah yang terbaik dalam kariernya.
Kini, kita sama-sama harapkan agar Syafiq mampu untuk terus menyinar terutama aksi terdekat skuad negara iaitu berdepan Vietnam dalam perlawanan ketiga kelayakan Piala Dunia Qatar di Hanoi 10 Oktober ini.
Kredit foto: FAMalaysiaOfficial
Zulhelmi Zainal Azam
Sun Oct 06 2019


Raducanu in ominous form with Azarenka demolition, Swiatek brings up 50th win of season
Emma Raducanu backed up her strong victory over Serena Williams with a lopsided display against two-time major winner Victoria Azarenka.

Nadal beaten by Coric in first match back since Wimbledon withdrawal, Kyrgios and Ruud knocked out
Rafael Nadal's return from a six-week layoff was spoiled by Borna Coric in Cincinnati with a three-set upset victory.

Conflicted Fritz thinks there would be no 'harm' in Djokovic competing at the US Open
Debate rages over whether Novak Djokovic should be allowed to play in the US Open, with Taylor Fritz admitting he is conflicted.

'It's been too long without winning titles' - Lewandowski vows to end Barcelona's silverware drought
It is now 16 months since Barcelona's most recent taste of silverware, but Robert Lewandowski is convinced the waiting will soon be over.

Halep withdraws from Western & Southern Open through injury
World number six Simona Halep did not play her second-round match against Veronika Kudermetova after sustaining a thigh injury.

Physically, I feel good - Kawhi Leonard shares update as Clippers step up NBA season preparations
After missing the entire 2022 season, Kawhi Leonard is closing in on his long-awaited return from injury for the LA Clippers.

'Bombzquad is back!' – Wilder returns to the ring against Helenius in October
He has not fought since losing to Tyson Fury in October, but Deontay Wilder will take on Robert Helenius later in the year.

British billionaire Ratcliffe 'definitely a potential buyer' should Man Utd go up for sale
A spokesperson for Jim Ratcliffe believes the British billionaire would want to buy Manchester United should the club go up for sale.

LeBron James signs two-year contract extension with Los Angeles Lakers
NBA legend LeBron James will continue at the Los Angeles Lakers for at least two more years after agreeing a lucrative new deal.

'His voice carries further than anyone in golf' - McIlroy praises Woods leadership amid LIV Golf threat
Rory McIlroy and Justin Thomas have praised Tiger Woods after several players met amid the ongoing battle between the PGA Tour and LIV Golf.