Secara peribadi, penulis tidak bersetuju program tersebut ditamatkan sepenuhnya kerana berasa barisan bawah 19 tahun kebangsaan dalam Harimau Muda C wajar dikekalkan sebagai satu pasukan.
Bagi penulis, pemain dalam skuad Harimau Muda A Dan B yang rata-rata berumur 20 hingga 22 tahun boleh dianggap cukup matang berebut tempat dalam skuad senior negeri dan kelab.
Justeru tiada masalah buat mereka bersaing merebut tempat dalam barisan utama skuad negeri atau kelab selepas pembubaran Harimau Muda A dan B.
Sebelum ini, pemangku pengendali kebangsaan Datuk Ong Kim Swee turut menyuarakan kebimbangan terhadap hala tuju pemain Harimau Muda C.
Kebiasaannya, pasukan negeri atau kelab sukar memberi kepercayaan buat bakat muda dibawah usia 21 tahun dengan hujah mereka belum cukup matang beraksi di Liga Super atau Perdana.
Penulis berasa ia satu kerugian,jika barisan pemain remaja terbaik negara dalam Harimau Muda C hanya diberikan tempat dalam skuad Piala Presiden atau Piala Belia.
Sebahagian besar pemain Harimau Muda C sudah pun beraksi di peringkat tersebut ketika di Sekolah Sukan Bukit Jalil atau Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar.
Pemain berpotensi dalam skuad Harimau Muda C seperti Muhammad Jafri Firdaus Chew, Dominic Tan, Muhammad Syamer Kutty Abba dan Danish Haziq Saipul tampak sudah mempunyai kematangan beraksi dalam kesebelasan utama mana-mana pasukan Liga Super dan Perdana.
Pandangan penulis adalah berlandaskan prestasi yang dipamerkan empat pemain tersebut ketika beraksi pada saingan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan pusingan kelayakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 19 tahun.
Jika dikekalkan sebagai satu pasukan, mungkin Harimau Muda C boleh menggantikan kelibat wakil Singapura, Lions XII dalam Liga Super selepas mereka sah tidak terbabit dalam saingan musim depan.
Pendedahan di peringkat kompetitif mampu membentuk kematangan barisan muda ini dan tidak mustahil ,sebahagian daripada pemain skuad tersebut mampu juga membarisi Skuad Projek Sukan Sea 2017.
Malangnya, sebahagian pemain Harimau Muda C mengakui kepada penulis, mereka hanya ditawarkan tempat dalam skuad Piala Presiden negeri asal sebaik program Harimau Muda sah dibubarkan.
Apa pun, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah pun memutuskan pembubaran sepenuhnya Harimau Muda.
Penulis berharap, cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk mewujudkan kembali kuota pemain bawah 21 tahun untuk setiap pasukan Liga Malaysia akan dipertimbangkan FAM.
Sekurang-kurangnya, kaedah tersebut mampu memberi ruang buat pemain bekas Harimau Muda C meraih tempat dalam skuad negeri dan kelab musim depan.
Harapan penulis adalah untuk melihat Muhammad Jafri, Dominic, Muhammad Syamer dan Danish Haziq mewarnai saingan Liga Malaysia musim depan dan jika boleh, skuad bawah 23 tahun negara di Sukan Sea 2017,Kuala Lumpur.
Fadzrie Hazis
Mon Nov 30 2015


Raducanu in ominous form with Azarenka demolition, Swiatek brings up 50th win of season
Emma Raducanu backed up her strong victory over Serena Williams with a lopsided display against two-time major winner Victoria Azarenka.

Nadal beaten by Coric in first match back since Wimbledon withdrawal, Kyrgios and Ruud knocked out
Rafael Nadal's return from a six-week layoff was spoiled by Borna Coric in Cincinnati with a three-set upset victory.

Conflicted Fritz thinks there would be no 'harm' in Djokovic competing at the US Open
Debate rages over whether Novak Djokovic should be allowed to play in the US Open, with Taylor Fritz admitting he is conflicted.

'It's been too long without winning titles' - Lewandowski vows to end Barcelona's silverware drought
It is now 16 months since Barcelona's most recent taste of silverware, but Robert Lewandowski is convinced the waiting will soon be over.

Halep withdraws from Western & Southern Open through injury
World number six Simona Halep did not play her second-round match against Veronika Kudermetova after sustaining a thigh injury.

Physically, I feel good - Kawhi Leonard shares update as Clippers step up NBA season preparations
After missing the entire 2022 season, Kawhi Leonard is closing in on his long-awaited return from injury for the LA Clippers.

'Bombzquad is back!' – Wilder returns to the ring against Helenius in October
He has not fought since losing to Tyson Fury in October, but Deontay Wilder will take on Robert Helenius later in the year.

British billionaire Ratcliffe 'definitely a potential buyer' should Man Utd go up for sale
A spokesperson for Jim Ratcliffe believes the British billionaire would want to buy Manchester United should the club go up for sale.

LeBron James signs two-year contract extension with Los Angeles Lakers
NBA legend LeBron James will continue at the Los Angeles Lakers for at least two more years after agreeing a lucrative new deal.

'His voice carries further than anyone in golf' - McIlroy praises Woods leadership amid LIV Golf threat
Rory McIlroy and Justin Thomas have praised Tiger Woods after several players met amid the ongoing battle between the PGA Tour and LIV Golf.