Sebelum ini, ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, berang selepas mengatakan terdapat komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadapnya dan pemain The Red Giants.

Sathianathan menjelaskan komen tidak bertanggungjawab itu dibuat di laman sosial Facebook.

Dia berkata, antara pemain yang dikaitkan dengan komen berbaur perkauman itu termasuk tonggak pertahanan K. Prabakaran.

"Saya gembira dengan (persembahan Prabakaran) sebab dalam Facebook, orang kata saya pilih bulu. Adakah saya letak seorang keling macam saya? Keling bukan pemain bola?

“Cara dia tulis macam tak pergi sekolah langsung. Sudah masuk 63 tahun Merdeka, masih lagi maki gunakan (perkataan) keling, anjing, itu penyokong ke?”

Apa yang penulis saksikan di laman media sosial, ramai mengisi ruang komen dengan menyatakan ia perkara biasa untuk memaki hamun pemain tersebut jika dia beraksi dengan kurang baik.

Penulis setuju dengan perkara itu, bagaimanapun terdapat cara dan perkataan yang tidak patut digunakan untuk memaki hamun orang.

Contohnya, kalau seorang itu buat silap dan majikannya mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu bapanya, adakah ia tindakan betul?.

Sama seperti apabila seorang pemain bola sepak bermain dengan teruk patutkah kita memaki bangsanya?

'C’mon guys' tahun dah 2020, cuba fikir sikit.

#rembatrasisme