Pertembungan di antara dua gergasi bola sepak tanah air iaitu Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim di peringkat separuh akhir Piala Malaysia ini memang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air.

Ini kerana mereka ingin melihat strategi yang akan diguna pakai oleh kedua-dua jurulatih pasukan itu.

Semua tahu kedua-dua jurulatih ini mempunyai falsafah bola sepak yang hampir sama apabila kedua-dua jurulatih ini gemar menggunakan hantaran pendek dan membina serangan dari belakang.

Cuma hari ini apa yang lebih penting bagi kedua-dua jurlatih itu, bagaimana untuk mereka menyusun strategi mengunakan kelemahan yang ada ketika perlawanan. Inilah masanya bagi Nafuzi Zain dan Benjamin Mora untuk membuktikan bahawa mereka bijak menghidu peluang yang ada dengan mengunakan pengalaman serta kreativiti mereka.

Daripada segi kemampuan pemain-pemain, ia tidak boleh dipertikaikan kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.





Selain itu juga, kata-kata motivasi daripada kedua-dua jurulatih berkenaan juga akan memainkan peranan untuk meningkatkan semangat pemain-pemain mereka terutama kepada anak didik Nafuzi Zain kerana mereka akan bermain di laman mereka sendiri.

Sudah tentu ia akan memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemainnya kerana ini merupakan kali pertama Nafuzi membawa skuad Peteh ke peringkat separuh akhir dan sudah tentu harapan yang tinggi diletakkan olehj peminat-peminat mereka.

Masa inilah peranan yang dimainkan oleh Nafuzi amat penting kerana dia perlu memastikan emosi dan semangat pemain-pemainnya tetap di tahap tertinggi.

Bekas pemain kebangsaan itu perlu menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk mencari bekalan gol sebelum bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim dalam pertemuan kedua Jumaat ini.

Sementara itu, Mora pula perlu mengingatkan pemain-pemainnya supaya terus fokus pada perlawanan dan tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi kemenangan pada Terengganu kerana sekiranya berlaku ia akan diambil kesempatan itu oleh Sang Penyu.

kredit imej: footballclubterengganu