Kamiley Ngah derita barah usus tahap empat

Shaiful Shamsudin
Mac 11, 2021 12:21 MYT
Bekas pemain bola baling negara, Kamiley Ngah, menerima ujian berat apabila disahkan mengidap kanser usus tahap empat.
Lebih parah apabila doktor terpaksa membuang usus dan pundi kencingnya hingga membataskan pergerakan pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2007 itu.
"Bulan Jun tahun lalu, saya mengalami gejala buasir, ia merupakan salah satu petanda barah.
"Apabila bertambah parah, saya menjalani ujian imbasan dan akhirnya disahkan menghidap kanser," katanya ketika dikunjungi wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, di kediaman keluarganya di Gombak, Selangor.

Kamiley Ngah ialah bekas pemain bola baling negara Doc sahkan beliau mengidap kanser usus tahap 4 Doc pun dah buang usus & pundi kencing, berat ujian Wife beliau pun bekas pemain bola baling negara Tu medal time derg menang gangsa Sukan Sea 2007 di Thailand@ASTROARENA pic.twitter.com/hmR4QknQ88

— Bazly.azmi (@bazlyazmi) March 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya lagi: "Selepas pembedahan dan menghadiri 12 sesi terapi, tiba-tiba melalui imbasan selanjutnya, sel barah itu didapati bermutasi dan sudah merebak ke bahagian lain seperti paru-paru dan tulang.
"Doktor terpaksa buang usus dan pundi kecing . Saya perlu pakai beg khas untuk kedua-dua fungsi itu dan ini kekal seumur hidup.
"Rindu nak beraksi. Saya tidak fikir untuk bersara.
"Walaupun 43 tahun saya tetap bermain bersama orang muda, saya mahu tunjukkan melalui teladan."
#Bola Baling #kanser #Kamiley Ngah