Selepas bola sepak Malaysia menanti penuh debar keputusan pilihanraya FAM, landskap pasukan kejurulatihan bola sepak negara adalah antara yang terawal berasa tempiasnya.

Tidak sampai empat jam diumum selaku Presiden FAM ke-15, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, mengambil langkah drastik apabila mengumumkan Mario Gomez selaku pengendali baru skuad kebangsaan menggantikan Datuk Ong Kim Swee, yang diberi tanggungjawab membimbing skuad bawah 22 tahun negara.

Maka timbul persoalan siapa yang akan berada di sebelah Gomez selaku penolong jurulatih. Nama yang kini menjadi sebutan ialah jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe.

Pelbagai pihak mula hadir dengan pelbagai jangkaan. Yang paling terasa pastilah penyokong Hijau Kuning yang makin gundah-gulana.

Betul ka? Jadi ka? Tak kan kot? Ini bual bicara panas bukan sahaja di media, malahan netizen sudah mengeluarkan pelbagai pandangan dan cadangan.

Mengenali Cheng Hoe atau lebih sinonim dengan panggilan Ah Hoe, pemain yang memakai jersi nombor 6 pada era 90-an ini memiliki kretiria serba lengkap untuk memikul tanggungjawab selaku orang kanan Gomez.

Penulis juga menjangkakan ini sebenarnya peluang terbaik dan harus direbut Cheng Hoe.

Ya, betul beliau pernah berada di posisi yang sama ketika bersama Datuk K. Rajagobal tetapi kali ini aura dan senarionya berbeza.

Selepas berkelana untuk mendalami ilmu kejurulatihan di China, ditambah dengan prestasi memuncak bersama Kedah, penulis yakin Cheng Hoe kini sudah ada jawapan -- mungkin 70 peratus bakal tinggalkan Kedah.

Jika Ah Hoe terima tawaran dari FAM, siapa pula yang akan mengambil tugas selaku bos Hijau Kuning? Nidzam Adzha? Silap silap bukan setakat Ah Hoe, Nidzam dan jurulatih penjaga gol, Fauzi Mukhlas, juga akan tinggalkan Alor Setar.

Kenapa? Mesti bersebab. Yang boleh menjawab persoalan ini hanya "Pegawai-Pegawai KFA Yang Bijak Pandai Lagi Disayangi".

Selepas berjaya membawa Kedah dijulang selaku juara Piala Malaysia, penulis beberapa kali nak tuju lagu padaTan Cheng Hoe.

Tapi kali ini masa yang sesuai. Tajuk lagu,"Aku Yang Tersakiti" nyanyian Judika.

Pilihan penulis ganti Ah Hoe jika beliau terima jawatan di FAM? Ermmm. Biar bagi yang tempatan.

Selain Azraai Khor, penulis tertarik dengan Yusri Che Lah yang kini bersama Felcra.

Keluar pulak kenyataan, muda lagi, bawa pun pasukan Liga FAM, kurang pengalaman dan macam-macam lagi persepsi yang akan diperkatakan. Nak dapat pengalaman macam mana jika peluang tak diberikan.

Apa pun keputusan yang akan dibuat Tan Cheng Hoe, kita seharusnya menghormati dan terus fokus.

Ni cerita kalau jadi, Kalau tak jadi?

Selamat Maju Jaya..
Apa Dia? Apa?
Ini rumah kita ini liga kita
Tanah tumpah darah kita.

Nindia