Berikut adalah barisan individu yang berkemungkinan besar menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

- Presiden ke-15 sejak 1933 dan keenam sejak 1951, meneruskan tradisi bangsawan selaku teraju FAM.

Datuk Wira Yusoff Mahadi

- Regu TMJ dan tulang belakang kebangkitan Melaka United selaku juara Liga Perdana musim lalu dan kembali ke saingan Liga Super. Exco FAM 2014-2017 dan pengerusi jawatankuasa futsal dan bola sepak pantai dalam tempoh itu.

Datuk Seri Afandi Hamzah

- Ibarat kata Hafizal Hamad dalam program [email protected] malam tadi, Afandi dengan tenang menjadi nakhoda membawa kapal pulang ke pelabuhan dengan selamat selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meletak jawatan pada 2015.

Naib presiden

Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman

- Pengerusi Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang fasih berbahasa enam bahasa, termasuk Perancis, Sepanyol dan Jerman, wajar diberi peluang. Mampu menjadi duta untuk FAM dan calon pengerusi jawatankuasa antarabangsa FAM.

Datuk Takiyuddin Hassan

- Selaku seorang peguam, Takiyuddin yang juga ahli jawatankuasa eksekutif FAM penggal 2014-2017, tidak cepat melatah dan berpengalaman selaku Pengerusi Jawatankuasa Status FAM yang menangani isu dan gaji pemain.

Datuk Astaman Abdul Aziz

- Bekas pengerusi jawatankuasa pengadil FAM dan pernah menjadi exco badan induk itu, Astaman boleh memberi sumbangan idea dan kewangan.

Joehari Ayob

Walaupun penulis tidak setuju dengan kuota semenanjung atau Borneo, Joehari dilihat selaku calon pasti menang dari Sabah.

Calon ahli jawatankuasa eksekutif (EXCO)

Supritenden Mohd Dali Wahid

- Calon Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) dan jurulatih futsal.

Subkhiddin Mohd Salleh

- Sama ada beliau sibuk atau tidak dengan tugasan selaku ahli jawatankuasa pengadil FIFA, Subkhiddin tampil dengan reputasi selaku pengadil disegani di pentas dunia.
Christopher Raj Avalanthu.

- Bekas wartawan The New Straits Times, kolumnis The Star dan ketua pegawai eksekutif Shekhinah PR boleh memberi input mengurus persepsi.

Isham Shahrudin

- Bekas pemain Perak dan Negeri Sembilan serta pemimpin Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Isham berpeluang cerah menempatkan diri dalam kalangan exco.

Nik Ahmad Yaakub
- Berbanding Subkhiddin dan Mohd Jamil, Nik Ahmad memiliki latar belakang teknikal selaku jurulatih, pengurusan di peringkat FAM dan AFC dan pengadil – satu kombinasi unik yang harus memberi beliau kelebihan berkongsi idea dalam merangka dasar.

Mohd Jamil Zakaria

- Empat puluh tahun bergelumang dalam dunia pengadil, Mohd Jamil adalah bekas pengadil kebangsaan yang juga ahli exco Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) merangkap pengerusi pengadil PAFA.

Datuk Aminuddin Omar

- Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang menjadi antara tulang belakang kejayaan Kedah akhir-akhir ini.

Datuk Azisman Alias

- Kedudukan beliau selaku Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) PDRM, memudahkan FAM berkomunikasi dengan polis dalam semua aspek keselamatan.

Exco Wanita

Brig Gen Datuk Norhuda Ahmad

- Menghidupkan Piala Tun Sharifah Rodziah dan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Wanita

Datuk Suraya Yaacob

- Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia yang mahu melebarkan sayap dalam bidang bola sepak.