Nasib jurulatih skuad pelayaran akan diputuskan Isnin ini sambil jurulatih acara laser standard, Afendy Abdullah, memohon dilanjutkan kontrak selepas memegang jawatan itu sejak 2015.

"Saya sudah memikirkan masak-masak, lagipun saya sudah berumur.

"Jadi saya berhasrat untuk meneruskan khidmat setahun lagi iaitu hingga Sukan Asia 2022.

"Selepas temasya itu mereka boleh dapatkan pengganti dan ambil tempat saya selain meneruskan program yang ada.

"Kalau saya tinggalkan tugas ketika ini tanpa pengganti, ia bukan sahaja menjejaskan Khairul Nizam, malah lima pelayar negara lagi yang mempunyai susuk tubuh yang sangat sesuai.

"Jadi saya mohon untuk berkhidmat setahun sahaja lagi dan selepas Sukan Asia, saya mahu rehat," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.