Saya berasakan seperti kurang lengkap jika saya tidak menulis sesuatu tentang peminat sejati sukan hoki tanah air, walaupun sudah seminggu pemergian beliau.
Ini kerana perkenalan saya dan Ah Wa bermula sejak saya mewakili negara lagi sekitar tahun 1998. Sebelum itu, mungkin beliau berada di stadium menyokong saya dan pasukan hoki negara tetapi mungkin kami tidak sempat bersemuka.
Sejak itu setiap perlawanan di dalam negara, saya akan bersemuka dengan beliau. Kadang-kadang ternampak beliau sebelum perlawanan tetapi yang pasti selepas perlawanan kami akan bersua.
Begitu juga selepas saya bersara, beliau terus sentiasa berada di stadium setiap kali pasukan negara beraksi tidak kira di Stadium mana dalam Malaysia ini.
Apabila saya menjadi pengurus pasukan hoki remaja Malaysia tahun 2009 sehingga 2015. Saya adalah tempat beliau bertanya tentang kejohanan yang akan disertai oleh pasukan hoki remaja di dalam Negara. Saya tahu beliau bertanya kerana ingin datang ke Stadium beri sokongan.
Stadium mana di Malaysia ini yang Ah Wa tidak pernah hadir untuk berikan sokongan kepada pasukan remaja mahu pun Kebangsaan. Stadium Hoki Tun Razak, Stadium Hoki Bukit Jalil, Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh, Stadium Hoki MBMB Melaka serta Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru, talipon saya akan berdering Ah Wa dalam talian menyatakan beliau dah tiba atau akan datang.
Jika masa mengizinkan saya pernah mengambil beliau di stesen bas, menghantar ke destinasi yang hendak dituju selepas perlawanan, makan bersama, tidur di bilik hotel saya dan bermacam-macam lagi bersama beliau.
Paling jauh yang Ah Wa datang semasa pasukan kebangsaan menyertai Liga Hoki Dunia di Singapura awal tahun lepas. Tiba-Tiba kami terlihat kelibat beliau di Stadium Hoki Sengkang, Singapura. Kami pun uruskan untuk beliau masuk ke stadium bagi menyaksikan pasukan negara beraksi. Selepas perlawanan beliau menyatakan beliau ingin pulang ke Ipoh dengan menaiki bas, bagaimana pun, kami tidak benarkan kerana sudah lewat malam dan beliau tidur di bilik pengurus pasukan negara waktu itu, Datuk Nur Azmi Ahmad. Dua, tiga malam juga beliau berada di Singapura menyaksikan pasukan negara beraksi.
Itulah Ah Wa, peminat sukan sejati pada pandangan saya.
Jika di tanya, bukan saya sahaja pemain hoki yang mempunyai persahabatan dengan Ah Wa tetapi ramai lagi kalau saya hendak sebut satu persatu.
Kali terakhir bersua dengan beliau semasa perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Tan Sri P. Alegendra, 13 September 2016 lalu semasa saya bertugas membuat ulasan untuk Astro Arena di Stadium Tun Razak, Jalan Duta. Kesesokan harinya beliau di khabarkan dilanda strok dan pada tanggal 31 Oktober 2016 beliau disahkan meninggalkan kita semua.
Saya dan pasti peminat sukan negara terutamanya hoki dan bola sepak yang selalu ke stadium pasti merindui kehadiran beliau bersama-sama memberikan sokongan.
Selamat tinggal dan selamat berehat Ah Wa. Semoga kita berjumpa lagi.
Mirnawan Nawawi
Mon Nov 07 2016


Simeone: This season a 'wake-up call' for Atletico Madrid
Atletico Madrid ended their LaLiga season with a 2-1 win away to Real Sociedad on Sunday, finishing ahead of Sevilla in third place.

US PGA Championship: Mito Pereira says he felt the pressure during 18th-hole collapse
Chile's Mito Pereira said he could not think straight as he tried to seal his debut PGA Tour win at the US PGA Championship.

US PGA Championship: Two-time champion Justin Thomas breaks down 'very special' and 'bizarre' final round
Justin Thomas admitted he did not look at the scoreboard on Sunday after coming in eight strokes off the lead, before winning in a playoff.

Xavi: Barcelona must be 'humble' to improve in off-season
Barcelona have finished the season 13 points off Real Madrid in LaLiga and without a trophy after Sunday's 2-0 loss at home to Villarreal.

US PGA Championship: Justin Thomas wins after playoff against Will Zalatoris
Justin Thomas trailed Mito Pereira by eight strokes heading into Sunday's final round, but he left with his second Wanamaker Trophy.

Zlatan Ibrahimovic dedicates Milan's Scudetto to Raiola as Swedish star defies doubters
Zlatan Ibrahimovic's long-time agent Mino Raiola died last month, and the striker found it poignant to be celebrating a title without him.

Cagliari suffer Serie A relegation as Salernitana survive for first time despite Udinese thrashing
Salernitana escaped dropping down to Serie B despite a comprehensive defeat against Udinese, as Cagliari were relegated on Sunday.

Neville and Keane left furious after spate of pitch-invasion violence
Gary Neville and Roy Keane were left furious after Manchester City fans invaded the pitch at full time, with some attacking Robin Olsen.

Outrageous rabona strike among five for Balotelli in historic final-day display
Mario Balotelli boosted his seasonal Super Lig total on the final day with five against Goztepe, a first for an Adana Demirspor player.

Ten Hag straight down to work at Man Utd as club confirm Monday unveiling
Erik ten Hag watched Manchester United's dismal season end with defeat to Crystal Palace, and he will face the media on Monday.