Jelajah Akhir WTA: Muguruza raih gelaran bersejarah selepas tewaskan Kontaveit

Muzaffar Musa
November 18, 2021 05:23 MYT
Garbine Muguruza mencipta sejarah selaku pemain Sepanyol pertama memenangi gelaran dalam Jelajah Akhir WTA selepas menewaskan Anett Kontaveit 6-3, 7-5 dalam aksi final hari ini.
Sebelum ini, Arantxa Sanchez Vicario merupakan satu-satunya pemain Sepanyol yang pernah layak ke final kejohanan penutup musim itu sebelum menamatkannya selaku naib juara kepada Stefanie Graf pada 1993.
Kini, Muguruza mengatasi pencapaian itu apabila bekas pemain nombor satu dunia itu terbukti terlalu hebat untuk ditandingi Kontaveit dalam aksi penentuan kejuaraan berkenaan.
Muguruza -- juara dua kali kejohanan grand slam -- turut meraikan gelaran Jelajah WTA yang ke-1o sepanjang kariernya.

The first Spaniard to win the @WTAFinals ? ?? @GarbiMuguruza cruises to victory in straight-sets over Kontaveit to claim the #AKRONWTAFinals trophy ? pic.twitter.com/0VNofMRosv

— wta (@WTA) November 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas kedua-dua pemain saling berkejaran mata dalam set pembukaan, Muguruza akhirnya mendahului 4-3 dan memenangi empat game terakhir untuk membuktikan penguasaaannya dalam perlawanan itu.
Kontaveit terlebih dahulu meraih mata dalam set kedua sebelum Muguruza mula melakukan kesilapan demi kesilapan untuk ketinggalan 3-5.
Bagaimanapun, ketika Kontaveit memegang servis untuk mata akhir set berkenaan, Muguruza kembali mempamerkan aksi dominannya untuk mengejar mata dan seterusnya menamatkan saingan selaku juara.
#Garbine Muguruza #WTA #Anett Kontaveit #Tenis #Jelajah Akhir WTA